Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Permohonan Najib, Rosmah ditangguh Isnin ini
Diterbitkan:  Sep 29, 2011 8:39 AM
Dikemaskini: 8:03 AM

[Ikuti laporan langsung]

Permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, untuk mengketepikan sepina yang mahu mereka tampil memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai saksi pembelaan ditangguhkan oleh Makamah Tinggi Kuala Lumpur hingg Isnin depan.

azlan Pada perbicaraan hari ini, semua peguam pasangan itu -  Hisyam Teh Poh Teik, Salehuddin Saidin, M Athimulan and Ghazi Ishak hadir.

Mereka kemudiannya bersama peguambela Anwar berbincang di kamar hakim.

Peguam Najib dan Rosmah, Ghazi Ishak sebelum itu memberitahu mahkamah bahawa afidavit jawapan dari Anwar hanya diterima hari ini.

"Kami mohon masa untuk mendapatkan arahan daripada anak guam kami jika terdapat apa-apa untuk dijawap.”

Peguambela utama, Karpal Singh berkata pihak pembelaan tidak mempunyai bantahan tetapi ingin tahu sama ada pihak pendakwaan akan memfailkan afidavit.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata mereka tidak akan berbuat demikian.

Najib dan Rosmah membuat permohonan mengketepikan sepina itu pada Rabu lalu melalui peguam cara mereka Hisyam Teh Poh Teik, - yang mana antara lain, mereka menafikan berkonspirasi untuk mengenakan Anwar.

NONE Najib telah bertemu dengan pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum kejadian liwat yang didakwa itu berlaku dan dikatakan telah meminta pengadu membawa aduannya kepada pihak polis.

Semalam, Anwar menjawab afidavit Najib dan Rosmah di mana beliau berhujah bahawa terdapat beberapa isu-isu dan soalan yang mana pasangan yang berkuasa itu perlu jawab di mahkamah.

Bagi Rosmah, beliau juga didakwa pernah berjumpa dengan rakan Saiful, Mohd Rahimi Osman, sebelum kejadian itu.

Pada 16 Mei lalu, Anwar, 64, diarah membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, tanpa kerelaan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di sini, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh menyebabkan Anwar dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

[Baca berita penuh]

ADS