Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA ancam lagi protes terhadap Mat Sabu
Diterbitkan:  Sep 29, 2011 1:36 PM
Dikemaskini: 9:16 AM

PERKASA Negri Sembilan memberi amaran akan menganjurkan lebih banyak protes ke atas Mohamad Sabu jika timbalan presiden PAS itu berani menjejakkan kakinya di negeri berkenaan untuk menyampaikan ceramah.

NONE Ketua PERKASA negeri itu, Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah berkata beliau sendiri akan mengetuai  protes terhadap Mohamad atau lebih popular dikenali sebagai Mat Sabu, jika pemimpin parti Islam itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

"Saya beri jaminan buat protes terhadap tindakan Mat Sabu, memperlekehkan anggota polis dan keluarga mereka terkorban dalam serangan pengganas komunis.

“Protes ini bukan hanya disertai PERKASA negeri sahaja, malah melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kesal dengan kenyatan Mat Sabu,” kata di Rahang, Seremban dipetik akhbar Sinar Harian .

NONE Amaran itu dikeluarkan selepas pergaduhan tercetus pada ceramah Mat Sabu ceramah di Ampangan, Seremban Sabtu lalu. Pada kejadian itu dua penyokong PAS cedera selepas mereka cuba menghalang ahli PERKASA daripada mara menuju ke pentas ceramah.

Bertindak liar

Mat Sabu menimbulkan kontroversi selepas beliau pada ucapan pada 21 Ogos lalu memuji Mohamed Indera, seorang pemimpin pemberontak yang mengetuai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950, sebagai pejuang kemerdekaan.

Kenyataan itu telah menimbulkan perdebatan hangat di seluruh negara berhubungan perjuangan kemerdekaan negara. Tetapi Mat Sabu mempertahankan kenyataannya dengan mendakwa bahawa mereka yang berada di balai polis ketika itu berkhidmat kepada kerajaan Inggeris.

Fracas during Mohd Sabu ceramah at Seremban Mengulas pergaduhan Sabtu lalu, ketua penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan hari ini berkata PERKASA sengaja cuba menimbulkan suasana huru-hara.

“PERKASA sengaja membiarkan ahli dan penyokongnya bertindak liar bagi menghangatkan suasana supaya penyokong PAS pula bertindak balas.

Sepak terajang politik

“PAS telah lama bergelumang dalam politik, dan tahu asam garam serta sepak terajang politik tanahair. Ahli-ahli PERKASA tidak perlu mencetuskan provokasi yang akhirnya nanti menjerat ahli-ahli dan PAS sendiri.

perkasa protest in mat sabu seremban ceramah 250911 injured pas supporter hadi “PAS telah lama mentarbiyah ahlinya supaya bersabar dan bertenang dalam situasi seperti ini sebagaimana PAS juga mentarbiyah ahlinya agar berjihad dan tidak gentar kepada sesiapa juga,” katanya.

Menurut Riduan, menganggu program PAS serta memukul penyokong parti itu adalah tindakan penakut bagi mereka yang tidak mahu mencari kebenaran.

“PAS sama sekali tidak izinkan sebarang keganasan timbul di negara ini dan akan tetap istiqomah memilih jalan demokrasi bagi mendapatkan kuasa membentuk kerajaan.

“DPPM yakin rakyat telah mula membuka mata dan mencari kebenaran disebalik sejarah negara yang diselewengkan faktanya,” katanya lagi.

ADS