Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman mencadangkan agar Ketua Menteri, Lim Guan Eng diharamkan daripada menjejakkan kaki di Johor.
"Saya ingin memohon sembah kepada Sultan Johor agar mengharamkan Guan Eng masuk Johor,” kata bekas ahli jawatankuasa DAP Bukit Dumbar itu yang dipetik oleh akhbar
Utusan Malaysia
hari ini.
Kenyataan itu dibuat selepas Lim (kanan) dilaporkan telah memburuk-burukkan Johor dengan berkata rakyat Singapura menghadapi kemungkinan diculik apabila mereka pergi ke negeri itu.
Dalam laporan akhbar milik Umno itu, Mohamed Razali ( kiri ) juga percaya setiausaha agung DAP itu tidak akan memohon maaf kerana beliau sudah masak dengan sikap Lim yang sombong dan ego semasa menjadi ahli parti dulu.
"Saya yakin dia (Lim Guan Eng) tidak akan meminta maaf kerana dia sentiasa merasakan dirinya saja yang betul," katanya.
Mohamed Razali sebelum ini pernah membuat laporan polis kerana mendakwa Lim mengadakan mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin Kristian bagi berkonspirasi menubuhkan sebuah negara Kristian.
[Baca berita penuh]
