Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Projek IC: Tamparan besar pada BN Sabah, kata Sapp
Diterbitkan:  Oct 1, 2011 10:06 AM
Dikemaskini: 2:17 AM

Parti Maju Sabah (Sapp) menyifatkan kegagalan parti-parti komponen BN Sabah untuk meyakinkan kerajaan persekutuan mengenai kewujudan apa yang dipanggil Projek IC sebagai satu tamparan besar.

Merujuk kepada penafian Timbalan Menteri Dalam Negeri, Lee

Chee Leong mengenai kewujudan Projek IC itu Khamis lalu, timbalan presiden Sapp, Eric Majimbun berkata, ini adalah satu tamparan besar kepada BN Sabah.

eric majimbun mykad Katanya, kenyataan timbalan menteri itu juga merupakan satu yang memalukan parti United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko), yang baru-baru ini menggesa penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat dakwaan Projek IC itu.

Projek IC merujuk kepada dakwaan selama ini bahawa agensi-agensi kerajaan menjadi sebahagian daripada operasi besar-besaran untuk menambah penduduk Islam di Sabah bagi mengurangkan pengaruh masyarakat Kristian.

Teori itu dipopularkan oleh bekas pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS), Dr Chong Eng Leong bahawa umat Islam dari selatan Filipina dan Indonesia diberi kerakyatan Malaysia dan dipujuk untuk mengundi Umno.

Dalam kongres perwakilan Upko pada 24 September, presidennya, Tan Sri Bernard Dompok, dalam ucapan perasmiannya berkata, penduduk Sabah telah meningkat secara drastik, khususnya di antara tahun 1990 dan 2000.

Ekoran statistik yang menakjubkan itu, beliau berkata suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

Majimbun menyifatkan permintaan Lee supaya ditunjukkan bukti bagi menyokong dakwaan kewujudan Projek IC itu sebagai satu lagi tamparan hebat kepada BN Sabah.

population boom in sabah 061008 "Ini tidak masuk akal kerana Upko telah menyerahkan

memorandum mengenai perkara itu dan ada buku yang ditulis oleh Mutalib MD dan Chong. Itu sudah cukup," kata Majimbun.

Majimbun, yang juga ahli parlimen Sepanggar berkata, beliau telah membangkitkan isu tersebut beberapa kali di Parlimen dan semasa mesyuarat BN.

"Tetapi mantan perdana menteri dan perdana menteri sekarang gagal mengambil apa-apa tindakan," katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan persekutuan tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan siasatan terhadap dakwaan berhubung Projek IC itu.

[Baca berita penuh]

ADS