Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata bahawa Datuk Seri Ong Tee Keat perlu meletak jawatan jika dia tidak yakin terhadap parti itu lagi.

spad meeting mca and jalan sultan shop owners 230811 chua soi lek "Jika awak mempunyai apa-apa integriti (dan) tidak lagi yakin terhadap parti, awak sepatutnya letakkan jawatan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat agung tahun ke-58 MCA di Wisma MCA, Kuala Lumpur.

Bagaiamanapun, Chua kemudiannya menafikan bahawa beliau meminta Ong untuk meletakkan jawatan dari parti atau sebagai ahli parlimen.

Soalan: Adakah awak maksudkan berundur dari parti?

Chua:

Tidak ... Letak jawatan dan berundur dari parti adalah berbeza.

S: Awak mahu dia letakkan jawatan sebagai ahli parlimen?

Chua: Tidak, saya tidak minta beliau letakkan jawatan sebagai ahli parlimen.

Chua kemudiannya berkata terpulang kepada "kebijaksanaan" Ong untuk membuat keputusan seterunya. Ulanginya, jika bekas presiden MCA itu tidak lagi yakin dengan parti Cina itu, beliau tidak seharusnya berkhidmat di bawah nama parti.

NONE "Jadi saya membuat satu kenyataan yang membentuk satu premis, bagaimana beliau membentuk kesimpulan adalah terpulang kepadanya."

Chua mengulas kenyataan Ong baru-baru ini yang mengatakan bahawa MCA sudah tidak lagi menjadi relevan.

Dalam membidas seterunya itu, Chua mengunakan huraian yang sama ke atas Ong yang katanya akan hanya tinggal sebagai “nota kaki” dalam sejarah MCA.

"Beliau mempunyai peluang memimpin MCA selama 17 bulan, selepas pilihan raya (umum) 8 Mac. Beliau tidak melakukan apa-apa pembaharuan atau transformasi, apa yang dilakukannya adalah hanya menghukum atau memecat orang yang menentang beliau,” kata Chua.

Chua berkata sepanjang era Ong, MCA mengadakan dua mesyuarat agung luar biasa (EGM) berbanding hanya lima yang diadakan sepanjang 62 sejarah parti itu.

"Mungkin apa yang beliau maksudkan kita tidak mengadakan EGM, maka sebab itulah kita tidak relevan," kata Chua dengan nada sinis.

azlan Beliau mengulas kenyataan Ong yang dilapor berkata MCA akan hilang relevannya dalam BN jika parti itu tidak menyahut gesaan supaya berubah, selepas kalah 25 daripada 40 kerusi parlimen dan 59 daripada 90 kerusi dewan undangan negeri yang ditandingi pada pilihan raya umum 2008.

Mengulas lanjut, Chua juga secara terbuka meminta ahli parlimen Pandan itu agar tidak bertanding sebagai calon MCA bagi mempertahankan kerusinya pada pilihan raya umum akan datang.

Malah, Chua juga berkata Ong tidak wajar berkhidmat kepada rakyat di bawah tiket MCA jika beliau tidak lagi yakin dengan parti itu.

"Terpulang kepada kebijaksanaan beliau untuk mentafsirkan kenyataan saya ini," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS