Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ADUN Johol meninggal dunia
Diterbitkan:  Oct 4, 2011 9:04 AM
Dikemaskini: 2:58 AM

ADUN Johol, Negeri Sembilan, Datuk Roslan Md Yusof, meninggal dunia jam 4 pagi tadi di di Hospital Tunku Ampuan Najihah Kuala Pilah dipercayai akibat komplikasi paru-paru.

Allahyarham, yang berusia 58 tahun, dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan selepas mengadu sesak nafas semalam.

NONE Allahyarham meninggalkan isteri Datin Zawayah Marzuki, 53, dan lapan orang anak, tiga lelaki dan lima perempuan berumur 28 hingga 17 tahun.

Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa allahyarham mempunyai masalah kesihatan, sehingga  pada  2009, Menteri Besar Negri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan terpaksa tampil membuat kenyataan bahawa Roslan, yang mewakili Umno itu telah meninggal dunia.

Menurut beliau, Roslan bercuti selama sebulan untuk menjalani rawatan fisioterapi di hospital selepas menderita akibat sakit tulang belakang kerana terjatuh semasa bermain badminton.

Berikutan itu, beliau telah menjalani pembedahan dan fisioterapi di Hospital Kuala Lumpur bagi membetulkan tulang belakangnya awal tahun ini.   

Anak sulung Allahyarham, Mohd Hafizi, 28, berkata jenazah Allahyarham telah dibawa ke kediamannya di No 6, Kampung Berambai dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cabang Dua, Johol, selepas zohor.  

NONE Roslan, seorang bekas guru yang mewakili BN mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol pada pilihan raya umum 2004.

Pada pilihan raya umum 2008, Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah itu mengalahkan calon PAS, Kamarudin Md Tahir dengan majoriti 1,263 undi.

DUN Johol terletak di dalam kawasan Parlimen Kuala Pilah, yang turut mempunyai DUN Senaling, Juasseh, Pilah dan Seri Menanti.

Tidak ada pilihan raya kecil akan diadakan kerana Dewan ungan Negeri telah melului tempoh dua pertiga daripada penggalnya. Kekosongan kerusi di Johol akan diisi pada pilihan raya umum akan datang.

ADS