Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Yatim dibidas kerana mendakwa hanya bahasa Cina dan Inggeris digunakan di sebuah majlis rasmi yang dihadirinya.

NONE Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kenyataan palsu yang dibuat Rais itu cukup berbahaya.

Katanya, Rais seharusnya tidak berbohong seperti media milik Umno dan BN; sebaliknya beliau harus membuktikan mana satu program rasmi anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang yang meminggirkan bahasa Melayu.

“Saya mengesyaki bahawa program rasmi yang dirujuk oleh Rais adalah satu program di Kolej Han Chiang, Pulau Pinang di mana beliau menjadi tetamu kehormat mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 29 September lalu.

“Saya ingin mengingatkan Rais bahawa Kolej Han Chiang merupakan kolej swasta dan program tersebut dianjurkan oleh Han Chiang dan bukannya Kerajaan Negeri,” katanya dalam satu kenyataan media.

Semalam, Bernama memetik Rais sebagai berkata beliau kesal kerana bahasa kebangsaan tidak dinobatkan di Pulau Pinang selepas dua tahun negeri itu dikuasai oleh DAP.

Main sentimen perkauman

Dakwanya, ini jelas terbukti apabila dalam satu majlis rasmi yang beliau hadiri, penganjur hanya bercakap dalam bahasa Cina dan Inggeris.

rais yatim pc 020709 01 "Hanya saya berucap dalam bahasa kebangsaan dan sebahagian Inggeris. Ini menunjukkan sikap tidak menghargai bahasa kebangsaan itu sudah jelas dan ini adalah amat tidak baik dalam konteks perpaduan pelbagai kaum," kata Rais dipetik Bernama .

Menurut Lim, kenyataan Rais bahawa beliau seorang sahaja menggunakan bahasa kebangsaan dan sedikit sahaja bahasa Inggeris adalah tidak benar.

Sebaliknya menurut Lim, beliau turut bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin dan mempersoalkan mengapa Rais tidak menyebut perkara yang sebenarnya.

Katanya, jika Rais tidak berpuas hati dengan program yang dianjurkan oleh Kolej Han Chiang, beliau sepatutnya menyampaikan rasa tidak puas hati berkenaan kepada penganjurnya.

“Mengapa beliau tidak menuntut penjelasan daripada Han Chiang?

“Sebaliknya Rais memilih untuk tidak berlaku adil dengan menyalahkan kerajaan negeri untuk program yang dianjurkan oleh sebuah kolej swasta,” katanya.

NONE Menurut Lim kenyataan palsu menteri Umno itu terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang  jelas bertujuan untuk memainkan sentimen perkauman kononnya Pulau Pinang tidak menghargai Bahasa Melayu.

Tidak bermaruah

“Kenyataan sebegini tidak akan menyumbang kepada perpaduan nasional. (Malah) Rais turut menggesa orang Melayu di Pulau Pinang supaya membangkitkan isu tersebut.

“Jika Rais boleh membuktikan mana satu program rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang yang dihadiri beliau tidak menggunakan bahasa Melayu, kerajaan negeri akan mengambil tindakan bagi membetulkan kesalahan tersebut,” kata Lim.

NONE Bagaimanapun, menurut Lim yang juga setiausaha agung DAP sekiranya Rais gagal untuk membuktikannya, maka beliau harus menarik balik dan meminta maaf atas kata-kata tersebut.

“Jika tidak, beliau akan dituduh sebagai seorang yang tidak bermaruah dan yang bersikap perkauman kerana cuba membangkitkan sentimen perkauman.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan kekecewaan terhadap percubaan sistematik dan bersiri yang dilakukan untuk melemahkan kerajaan negeri dengan mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja berbau perkauman tetapi juga jelas merupakan satu pembohongan,” katanya.

Pemimpin miliki PR Australia?

Lim seterusnya menyifatkan percubaan itu sebagai satu cubaan terdesak yang sangat tidak bertanggungjawab dan yang boleh mengancam keharmonian serta kestabilan masyarakat.

Tambahnya, serangan Rais itu susulan laporan dalam The New Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia pada 2 Oktober lalu bahawa kononnya Lim telah mendedahkan rahsia negara kepada pemimpin Singapura dalam satu majlis makan malam.

“Laporan tersebut turut mempersoalkan kesetiaan saya kepada negara.

azlan “Saya tidak faham mengapa kesetiaan saya kepada Malaysia turut dipersoalkan seperti mana yang dilaporkan dalam NST apabila saya tidak mempunyai status pemastautin tetap di negara Australia walaupun saya merupakan graduan lulusan Universiti Monash.

“Kenapa laporan NST tidak pula mempersoalkan kesetiaan pemimpin-pemimpin BN yang mempunyai status PR (penduduk tetap) di Australia?

“Datuk Seri Rais, bola berada di gelanggangmu. Apa kata anda?” akhiri Lim.

ADS