Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tujuh kes kezaliman kucing diserah ke DPP
Diterbitkan:  Oct 5, 2011 7:01 AM
Dikemaskini: 11:51 PM

Tujuh kes kezaliman melibatkan insiden di premis penjagaan haiwan Petknode Online Pet Store pada September lalu berjaya dikumpulkan bukti dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP), kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Chua Tee Yong.

animal cruelty at animal care centre, Petnode Online Pet Store Daripada tujuh kes itu, tiga kes melibatkan enam ekor kucing telah mendapat saksi pertuduhan dan pegawai penyiasat akan mengemukakan kes-kes tersebut ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk pendaftaran saman dalam tempoh dua hari.

Satu lagi kes diarah tutup atau tiada tindakan selanjutnya kerana pemilik menarik balik laporan polis, satu kes diarah mengambil percakapan doktor swasta dan dua kes lagi masih menunggu jawapan DPP, katanya dalam satu kenyataan media.

Chua berkata pegawai penyiasat juga sedang meneruskan siasatan terhadap 41 kes lagi termasuk mengambil keterangan daripada pemilik kucing.

Beliau berkata kedua-dua pengusaha Petknode Online Pet Store tersebut masih menghilangkan diri dan gagal dikesan polis bagi membantu siasatan.

animal cruelty at animal care centre, Petnode Online Pet Store Awal bulan lalu, negara gempar, apabila sebuah pusat penjagaan haiwan ‘diserbu’ pemilik haiwan itu selepas mendapati haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ dibiarkan kelaparan sehingga ada yang mati di Damansara Damai, di Petaling Jaya.

Dalam serbuan itu, beberapa pemilik haiwan yang disertai 20 sukarelawan datang menuntut haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ sejak 27 Ogos lalu sempena cuti Aidilfitri.

Menurut seorang sukarelawan, mereka mendapat maklumat mengenai pusat jagaan berkenaan di laman sosial facebook selepas beberapa pemilik menyelar perbuatan pemilik pusat terbabit yang menjaga haiwan peliharaan mereka sambil lewa dan dipulangkan dalam keadaan yang teruk. 

ADS