Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zambry: BN anggap tiada kawasan 'hitam' di Perak
Diterbitkan:  Oct 5, 2011 7:33 AM
Dikemaskini: 11:36 PM

BN Perak menganggap tiada kawasan mengundi yang boleh dilabelkan 'hitam' iaitu yang tidak boleh dimenanginya dalam pilihan raya umum akan datang.

NONE Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang juga pengerusi BN Perak  berkata sama ada 'hitam' atau 'putih' sesebuah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen bergantung kepada strategi parti di samping usaha dan kerja keras setiap anggota untuk aktiviti masyarakat di situ.

"Sukar katakan kawasan tertentu sebagai 'hitam' sebab ini adalah politik. Kadangkala kawasan yang dianggap 'putih' (peluang cerah untuk menang) boleh bertukar 'hitam' kerana politik adalah sesuatu yang dinamik," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Hari Bertemu Pelanggan di Ipoh, semalam.

Beliau memberi contoh, dahulu ada yang menjangka BN tidak boleh menang kerusi Parlimen Ipoh Timur sedangkan BN pernah memenanginya, begitu juga bagi kerusi Parlimen Ipoh Barat.

Zambry berkata beliau enggan mempercayai pandangan wujudnya kawasan 'tertutup' kepada BN sehingga mustahil untuk parti itu memenanginya.

NONE Beliau berkata semua komponen BN umpamanya MCA boleh meraih kembali mendapat sokongan di kawasan tradisi  yang ditandingi termasuk kawasan yang berpotensi untuk menang berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan di situ.

Katanya MCA di bawah presidennya sekarang, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek,  adalah parti yang paling aktif menjalankan pelbagai aktiviti dan usaha seperti itu berupaya mengembalikan kepercayaan rakyat serta menggambarkan tahap penerimaan rakyat terhadap parti itu.

Zambry juga berkata pada prinsipnya persetujuan mengenai cadangan pertukaran kerusi antara parti komponen BN telah selesai tetapi penilaian masih diteruskan dari semasa ke sesama.

nizar nga kor ming sepetang dinner 250911 2 Mengenai dakwaan ADUN Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada PAS dalam sebuah akhbar semalam bahawa budaya mencantas dan masalah perebutan kerusi hanya berlaku dalam Umno, Zambry menyifatkan kenyataan itu sebagai 'merapu'.

"Cakap merapu, saya tahu mereka (Pakatan Rakyat) di Perak sedang 'berperang' teruk, masing-masing nak berebut kerusi, cuma orang itu (Mohammad Nizar) kata mereka tiada masalah," katanya.

- Bernama

ADS