Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini mempersoalkan sikap dwi-standard Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) dalam pelarasan semula terowong Mass Rapid Transit (MRT) Lembah Kelang berhampiran jajaran Damansara bagi mengelakkan rumah seorang kenamaan menjadi laluan projek berkenaan.

NONE Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mendedahkan perkara itu pada sidang akhbar di lobi  Parlimen hari ini. Dakwanya, rumah mewah kepunyaan orang kenamaan berkenaan, mengikut pelan projek asal, berada di laluan projek MRT itu tetapi secara misteri telah "diselamatkan".

"Plan asal jelas menunjukkan sebuah terowong akan melalui di bawah banglo VIP... Bagaimanapun atas alasan yang hanya diketahui oleh pihak berkuasa, kerja-kerja di tapak asal telah dihentikan dan portal terowong dilencongkan,” katanay.

Ditanya mengenai identiti pemilik hartanah itu, Pua tidak mahu mendedahkannya.

Beliau kemudian menunjukkan kepada pihak media, salinan plan terowong yang dibuat sebelum dan selepas arahan berkenaan dikeluarkan.

mrt tunnel alignment 051011 vip house Menurutnya lagi, arahan supaya laluan itu dilencongkan dikeluarkan meskipun kerja-kerja sudah dijalankan. Kontraktor dikatakan diarah supaya mengubah laluan terowwong daripada menghampiri hartanah di sekitar Jalan Damansara dan sekitar Jalan Duta.

"Kerajaan mesti menjelaskan hiprokrasi dan sikap dwi-standard ,” kata Pua.

Pua berkata hartanah lain yang juga sepatutnya diambil-alih oleh Spad kerana terowong MRT itu akan melalui di bawah bangunan di Jalan Bukit Bintang, Taman Tun Dr Ismail dan kawasan warisan Jalan Sultan.

[Baca berita penuh]

ADS