Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pihak polis telah mengenal pasti seorang anggotanya yang didakwa menggunakan kekerasan berlebihan ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

ipd kl bersih 090711 ku chin wah Ketika dihubungi semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah berkata laporan polis telah dibuat terhadap anggota polis terbabit - yang memakai bandana di mukanya semasa perhimpunan tersebut - tetapi tiada pendakwaan akan dibuat.

"Perkara ini telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan tiada tindakan lanjut dapat diambil terhadapnya kerana ketiadaan saksi," katanya kepada Malaysiakini.

masked policeman assault 051011 Beliau berkata, polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen

352 Kanun Keseksaan berkaitan perbuatan melakukan kekerasan jenayah.

Di bawah undang-undang ini, pesalah boleh dihukum penjara sehingga satu tahun, denda sehingga RM2,000 ringgit atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, anggota terbabit tertakluk kepada tindakan disiplin kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika menyuraikan orang ramai.

Berikutan perhimpunan itu, gambar dan rakaman video berhubung dakwaan kekerasan pihak polis membanjiri internet, terutamanya di lamanweb rangkaian sosial popular, Facebook.

Salah satu gambar menunjukkan seorang anggota polis yang memegang sepasang gari dalam genggamannya, dengan bahagian muka yang ditutup dengan saputangan besar, atau bandana.

Menurut beberapa pengguna Facebook, anggota polis dalam gambar tersebut tidak mempunyai nama atau nombor yang bersulam pada pakaian seragamnya.

[Baca berita penuh]

ADS