Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mungkin perdana menteri tidak mahu berkongsi tarikh pilihan raya umum akan datang, tetapi berdasarkan kepada lawatannya ke Selangor hari ini, dapat dibayangkan bahawa ianya tidak lama lagi.

najib at gombak 081011 facing the crowd Memulakan lawatannya di Ijok pagi tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak

turun padang untuk membuktikan kepada rakyat Selangor bahawa sudah tiba masanya untuk kerajaan Pakatan Rakyat 'angkat bungkus'.

Berucap kepada penyokong BN dan rakyat di Gombak - destinasi terakhir lawatannya hari ini - Najib berkata Ijok dipilih sebagai permulaan lawatannya kerana ia kini diwakili Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Najib memberitahu hadirin yang kebanyakannya warga emas, bahawa ke mana-mana sahaja beliau pergi hari ini, beliau disambut

dengan berjabat salam, dan ada yang "tidak mahu untuk melepaskannya".

najib at gombak 081011 supporters Sebelum itu, beliau tiba dari Rawang dengan menaiki bas, dengan diiringi sekumpulan penunggang motosikal.

Gombak Setia, di mana perdana menteri dijamu dengan nasi lemak di Sekinchan Ikan Bakar, merupakan kerusi PAS, manakala Gombak pula merupakan kawasan parlimen yang diwakili timbalan presiden PKR, Azmin Ali.

'Caca-merba dan kucar-kacir'

Perdana menteri menempelak Pakatan Rakyat dengan mendakwa gabungan itu berada dalam keadaan "caca-merba dan kucar-kacir".

Bahkan, beliau juga mendakwa ada di kalangan pemimpin parti dalam gabungan itu "tidak dipilih secara demokratik".

najib at pekan rawang "Mereka kata nak demokrasi, tetapi pemimpin mereka ada ketua

umum, ada mursyidul am, ada jawatan penasihat sepanjang (masa)... Mana ada demokrasi.

"(Contohnya jawatan) ketua umum dipilih (menerusi) dari cawangan, bahagian dan seterusnya pusat dan disokong oleh undi sulit.

"Ini tidak, kumpul-kumpul orang (dan) sokong. Ini bukan demokrasi, ini baling kerusi. Ini demo-crazy," kata Najib di hadapan penyokong BN dan rakyat di Taman Seri Gombak petang ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pemimpin BN mengamalkan demokrasi sewaktu memilih pemimpin mereka.

Sehubungan itu, Najib yang juga presiden Umno menasihatkan rakyat supaya mengenali pemimpin Pakatan khususnya PKR "secara mendalam" kerana didakwa "pandai berhujah dengan menggunakan istilah politik dan jargon" tertentu.

Isu hudud

Dalam ucapannya juga, Najib turut mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwanya tidak bersependapat atau mengambil sikap "duduk di tengah-tengah" atau "sokong atas kapasiti peribadi" berhubung isu hudud.

najib in rawang, crowd 02 "Kita tidak mahu pandangan peribadi, kita mahu hitam atau putih.

Kita mahu pemimpin yang ada pendirian.

"Kita tidak mahu (pemimpin) yang memperjudikan hak rakyat," katanya.

Dalam ucapannya juga, beliau turut menyindir kerajaan Selangor yang didakwanya tidak menunaikan janji seperti mana yang dijanjikan antaranya seperti menurunkan cukai pintu rumah dan bantuan anak-anak pra-sekolah.

Ketika beliau menyebut beberapa contoh janji kerajaan Selangor satu persatu, hadirin kemudiannya menyambutnya dengan melaungkan "bohong".

RM1.2 juta cat flat

"Sudah sampai masanya kita buat perubahan. Rakyat Selangor (perlu) buat keputusan.

najib in rawang, meet the people "Jelas kerajaan kita menjaga kebajikan anak-anak kita dan warga

Malaysia.

"Ada pihak baru mengenal kebajikan, tapi BN dah lama buat kebajikan," katanya sambil mengulangi beberapa intipati dalam Bajet 2012 yang dibentangnya semalam.

Menceritakan lawatannya di Kuang pagi tadi, beliau duduk semeja dengan pegawai kerajaan yang telah bersara yang mengucapkan terima kasih kerana memberi peruntukan RM500 dalam bajet semalam.

Sebelum mengakhiri ucapannya, Najib yang juga menteri kewangan mengumumkan peruntukan RM1.2 juta untuk mengecat Flat Taman Samudera yang mana ramai penghuninya terdiri daripada penyokong Umno, MIC dan PPP.

Manakala memorandum lain yang diterima sepanjang lawatannya akan diambil tindakan dalam masa terdekat.

ADS