Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Harapan Komuniti berterima kasih kepada Sultan

Peguam yang bertindak bagi Harapan Komuniti, NGO yang menyokong kumpulan HIV, Annou Xavier, mengucapkan terima kasih kepada Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah berhubung kenyataan baginda mengenai siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.

harapan community menteri besar 250811 annou xavier "Kami mengucapkan terima kasih kepada Duli Yang Teramat Mulia bagi kenyataan yang sangat tepat pada masanya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau bersetuju dengan sultan bahawa pemeriksaan itu adalah betul dan tidak menyalahi undang-undang negeri tetapi berpendapat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlu menjalankan siasatan dengan cara yang lebih profesional.

"Ini juga menunjukkan bahawa badan agama Islam, seperti JAIS dalam kes ini, sepatutnya menjalankan siasatan dengan lebih profesional kerana laporan awal secara sembunyi-sembunyi yang dibocorkan kepada blogger telah menyalahkan Harapan Komuniti sedangkan siasatan masih berlangsung dan laporan akhir belum diterima. "

Annou berkata semua pihak perlu berpegang kepada prinsip iaitu seseorang tidak boleh dipersalahkan sehingga dibuktikan demikian.

"Saya harap pada masa akan datang, semua pihak yang berkenaan akan menunggu siasatan muktamad oleh mana-mana badan sahih tanpa perlu menganggap sesuatu pihak bersalah sedangkan siasatan belum selesai."

azlan Harapan Komuniti menjadi fokus kontroversi selepas JAIS didakwa ‘menyerbu’ acara makan malam yang diadakan di premis Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

JAIS mendakwa bahawa tindakannya itu adalah berdasarkan maklumat bahawa terdapat usaha memurtadkan umat Islam semasa majlis berkenaan.

Walau bagaimanapun, Haparan Komuniti menafikan dakwaan itu dan menjelaskan bahawa aktiviti yang dianjurkannya bertujuan mengumpul dana untuk penghidap HIV / AIDS.

[Baca berita penuh]

ADS