Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata seramai 27,293 permohonan taraf kewarganegaraan telah diluluskan sehingga Ogos tahun ini.

azlan Jumlah berkenaan meliputi permohonan telah diluluskan sejak tahun 2008, katanya dalam satu jawapan bertulis di parlimen.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) yang meminta Hishammuddin menyatakan jumlah tersebut mengikut kawasan parlimen.

Dalam jawapannya, Hishammuddin bagaimanapun berkata, rekod berkenaan tidak disimpan oleh kementeriannya.

Isu berhubung kelulusan permohonan kewarganegaraan itu timbul ekoran pertikaian demi pertikaian yang dibuat sejak beberapa bulan lalu ke atas kesahihan status pemilih.

ADS