Tidak ada satupun bangunan bersejarah di Jalan Sultan akan disentuh dalam pembinaan terowong bawah tanah sepanjang 10 kilometer laluan MY Rapid Transit (MRT) di Kuala Lumpur.
Jaminan itu diberikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan semasa sesi soalan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau juga menolak lalu alternatif yang dicadangkan oleh penduduk yang terjejas dan berkata cadangan berkenaan tidak boleh dilaksanakan dan tidak memenuhi keperluan projek itu.
