Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PAS menuntut kerajaan menjelaskan kegiatan sekumpulan individu yang disyaki parti itu sebagai sindiket mendaftarkan warga asing.

Naib presidennya Salahuddin Ayub berkata, PAS mempunyai asas kukuh untuk mendapatkan penjelasan berkenaan kegiatan yang didakwa berlaku di kawasan sekitar Putrajaya itu.

NONE "Wakil Pakatan Rakyat akan bawa isu ini di Parlimen dan minta penjelasan konkrit daripada kementerian khususnya kementerian dalam negeri," katanya.

Tambahnya, kerajaan perlu mengikut proses yang betul dalam memberikan kewarganegaraan kepada warga asing.

"Kalau nak beri anugerahkan warga asing ini kewarganegaraan Malaysia, bukan dengan cara macam ini. Bawa dengan bas macam ini," katanya.

"Kaedah yang biasa dilakukan adalah (beri kewarganegaraan) kepada golongan pegawai dagang, bukannya borong bawa bas macam ini.

"Ini kebimbangan ada memang ada sindiket untuk daftar warga asing sebagai warga Malaysia dan hujungnya memasukkan mereka sebagai pengundi dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Bercakap dalam sidang media sama, anggota exco pemuda PAS, Mohd Adram Musa berkata satu pasukan yang menyiasat kegiatan sindiket berkenaan hampir berjaya membuktikan usaha memberi kewarganegaraan itu semalam.

'Hampir dapat buktikan'

Beliau yang turut menyertai pasukan itu berkata beliau telah bertanya kepada seorang individu yang dilihat mengetuai operasi kumpulan disyaki sindiket tersebut.

NONE "Mereka menyatakan (warga asing dibawa) untuk kursus keusahawanan, tapi bila tanya warga Indonesia yang datang itu, mereka datang ini untuk diberi kad pengenalan," katanya lagi.

Ketika ditanya, Mohd Adram ( kanan ) berkata beliau tidak melihat sekiranya terdapat pegawai imigresen mahupun pegawai daripada jabatan pendaftaran di tempat tersebut.

Namun beliau telah mengesan kenderaan polis dan juga kenderaan jabatan kesihatan bersama kumpulan tersebut.

Tambahnya, beliau bersama sekumpulan penduduk kampung telah mengepung kumpulan berkenaan di sebuah resort berhampiran Putrajaya.

NONE Pengurusan resort itu bagaimanapun ketika dihubungi Malaysiakini hari enggan mengulas berhubung dakwaan itu.

Foto individu yang dinyatakan sebagai ketua kumpulan tersebut turut diedarkan kepada media di bangunan parlimen hari ini, termasuk foto bas yang membawa warga asing tersebut

"Semalam kita hampir dapat buktikan perkara ini dan kita desak kerajaan khususnya kementerian dalam negeri supaya beri jawapan," katanya.

Jelasnya, warga asing yang dikesan itu sebahagian besarnya terdiri daripada warga Indonesia dan terdapat juga warga Kemboja dan Bangladesh.

ADS