Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MAIK diminta kaji semula pemecatan imam
Diterbitkan:  Oct 13, 2011 1:48 PM
Dikemaskini: 5:54 AM

Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) diminta mengkaji semula pemecatan imam masjid Mukim Tualang Tinggi di Pasir Puteh, Tuan Ismail Tuan Muda, pada 30 September lepas kerana ia dikatakan tidak berlandaskan siasatan menyeluruh dan hanya berasaskan aduan daripada satu pihak sahaja.

Penghulu Mukim Tualang Tinggi, Che Ahmad Mat Yasin, yang mewakili anggota jawatankuasa masjid itu, berkata jawatankuasa masjid itu tidak pernah dibawa berbincang atau dimaklumkan mengenai perkara itu.

    

"Tiada guna melantik jawatankuasa masjid jika perkara sebesar ini tidak dibawa berunding terlebih dahulu," katanya.

    

Seorang lagi anggota jawatankuasa masjid itu, Aziz Yaacob, 38, berkata pemecatan tanpa alasan itu mengelirukan jemaah dan tidak seharusnya berlaku kerana Tuan Ismail selaku imam telah banyak bekorban tenaga dan wang ringgit untuk pembangunan masjid berkenaan.

    

Tuan Ismail, 70, seorang usahawan, pula berkata beliau tidak kisah dengan pemecatan itu tetapi yang membimbangkannya ialah mengenai perpecahan yang mungkin berlaku dalam kalangan jemaah masjid itu dari empat buah kampung.

    

Tuan Ismail, yang menyandang jawatan itu selama 18 tahun, berkata MAIK surat mengenai pemecatannya disampaikan oleh seorang pegawai MAIK kepadanya beberapa hari sebelum 30 September lepas.

- Bernama

ADS