Ahli parlimen pembangkang, Tony Pua menggesa pemilik Projek Aliran Transit Massa (MRT) supaya mengisytiharkan "pendirian rasmi" mereka berhubung kenyataan bahawa tiada tanah akan "diambilalih secara paksa" untuk membina terowong.
Ia ekoran kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Co, Azhar Abdul Hamid memaklumkan kepada pemilih hartanah terbabit dengan projek tersebut supaya menerima tawaran untuk berpindah sementara waktu atau berdepan dengan pengambilalihan tanah.
Pua (kanan) berkata ia bercanggah dengan kenyataan Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bahawa tiada jaminan untuk "kembalikan" hak permukaan tanah kepada pemilik masing-masing.
Untuk menghilangkan sebarang keraguan yang terlintas, kata Pua, MRT CO perlu mengisytiharkan pendirian rasmi bahawa tiada permukaan tanah atas terowong projek MRT akan diambilalih secara paksa.
"Dan tanah tersebut akan hanya diambilalih atas dasar untuk membina stesen MRT atau kemudahan sampingan seperti saluran udara dan tempat akses.
"Tiada tanah harus wajib diambilalih bagi maksud menjana keuntungan oleh kerajaan," kata ahli parlimewn Petaling Jaya Utara itu, dalam satu kenyataan hari ini yang turut menyambut baik komen Azhar untuk mengakhir kontroversi yang berlarusan selama 10 minggu.
[Baca berita penuh]
