Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tiga perwakilan Gerakan hari ini menggesa presiden parti itu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertanding di Pulau Pinang kerana ia berkaitan dengan maruah parti tersebut.

Berucap di Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-40 tengah hari ini, wakil Johor Teng Koh Keng menggesa presiden parti itu berdepan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di kerusi Parlimen Bagan dalam pilihan raya umum akan datang.

tan lian hoe gerakan wanita chief agm 2011 4 "Yang terbaik ialah untuk presiden kita untuk kembali ke Pulau Pinang dan berdepan dengan Lim Guan Eng," katanya dengan disambut sorakan dan tepukan hadirin.

Menurutnya, jika Koh bertanding di bekas kubu kuat parti itu, maka ia akan menaikkan semangat mereka dan menyatukan parti.

"Menang atau kalah adalah perkara lain, sekurang-kurangnya kita akan mengembalikan maruah kita."

Ia ekoran spekulasi sengit bahawa Dr Koh akan bertanding kerusi Parlimen sama ada di Perak, Kuala Lumpur atau Johor.

Gerakan telah memerintah kubu kuatnya Pulau Pinang selama hampir 39 tahun tetapi tumbang dalam pilihan raya umum lepas selepas ia kalah semua kerusi di negeri itu.

gerakan press conference koh tsu koon 2 Perwakilan Kedah, Ngooi Ah Fatt juga bersetuju bahawa Koh harus kekal di Pulau Pinang jika beliau memilih untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Bercakap kepada Malaysiakini kemudiannya, Ngooi berkata: "Saya berharap beliau kembali ke Pulau Pinang untuk bertanding, ia akan meningkatkan motivasi Gerakan dan akan meningkatkan peluang kita untuk menang."

Turut bersetuju ialah wakil Terengganu, Feng Swee Heng yang berkata terdapat perdebatan hangat sama ada Koh patut bertanding di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau secara berseloroh berkata nama Koh bermaksud "anak Jantan" dalam bahasa Melayu, bagi menangkis kritikan bahawa dr Koh tidak berani berdepan dengan musuh politiknya.

Bagaimanapun, perwakilan Pulau Pinang Lee Boon Tien mengingatkan hadirin "jika Koh boleh menang di Pulau Pinang, ia adalah baik, tetapi bagaimana jika beliau kalah?"

Bercakap pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu, Dr Koh berkata beliau mengambil maklum sentimen para perwakilan parti.

"Saya dengar apa yang mereka katakan, tetapi di mana saya akan bertanding, saya akan membuat pengumuman tidak lama lagi."

[Baca berita penuh]

ADS