Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Presiden GERAKAN Tan Sri Koh Tsu Koon hari ini mengumumkan beliau bersedia mengorbankan dirinya sendiri supaya parti itu dapat menyediakan strategi bagi menghadapi pilihan raya umum depan.

koh tsu koon Katanya, beliau tidak akan memberitahu apa yang akan dilakukannya buat masa ini kerana beberapa perkara masih perlu disemak dan diselaraskan.

Bagaimanapun, ketika menyampaikan ucapan penggulungannya dalam persidang nasional GERAKAN di Kuala Lumpur hari ini, Koh berkata beliau boleh menjamin akan mengorbankan dirinya untuk parti.

Janji itu ekoran suara-suara cemas, antaranya Ketua Wanita GERAKAN Datuk Tan Lian Hoe yang semalam menggesa Koh tidak bertanding pada pilihan raya umum demi kepentingan parti.

Koh yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak mengesahkan atau menafikan kemungkinannya untuk bertanding lagi.

[Baca berita penuh]

ADS