Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiada bukti dalam 'konspirasi Kristian', kata Hisham
Diterbitkan:  Oct 17, 2011 11:43 AM
Dikemaskini: 3:48 AM

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan bahawa tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan konspirasi oleh kumpulan-kumpulan Kristian untuk menjadikan agama itu sebagai agama rasmi Malaysia.

jeff ooi lodge police report against utusan 080511 1 Akhbar The Sun melaporkan bahawa perkara itu didedahkan oleh ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi pada sidang akhbarnya di Georgetown semalam yang memetik jawapan bertulis di Dewan Rakyat oleh menteri berkenaan.

Menurut Ooi, yang juga dituduh terbabit dengan plot itu, jawapan itu soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin.

Akhbar itu memetik Ooi berkata kes berkenaan telah diklasifikasikan sebagai NFA (tiada tindakan lanjut) oleh timbalan pendakwa raya selepas kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara

Isu itu timbul apabila blogger Zakhir Mohamad yang menulis dengan nama Big Dog memuat-naikkan di blognya mengenai desas-desus ada perancangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini dan melantik seorang perdana menteri yang beragama Kristian.

NONE Artikel itu kemudian dipetik akhbar Utusan Malaysia pada 7 Mei di halaman utamanya sehingga menyebabkan polis menyoal siasat lapan paderi berhubung perkara itu.

Ahli DAP Mohamed Razali Abdul Rahman, 42, yang hadir pada majlis tertutup paderi-paderi berkenaan juga tampil membuat laporan polis.

Berikutan itu, Hishammuddin berkata bahawa terdapat " beberapa asas " kepada tuntutan 'konspirasi Christian' itu.

[Baca berita penuh]

ADS