Pemuda PAS berkata pihaknya tidak terlibat dari awal dengan "Perhimpunan Sejuta Umat" (HIMPUN) bagi menangani gejala murtad di ibu negara Sabtu ini.
"DPPM (Dewan Pemuda PAS) memang tidak terlibat dari awal atas nama parti politik sebab itu adalah himpunan NGO-NGO Muslim," kata ketuanya Nasrudin Hassan (
kanan
)
Bagaimanapun, menurut Nasrudin lagi, mereka tetap menyokong "usaha murni" itu.
Semalam, dewan itu dilaporkan berkeras mahu menghadiri perhimpunan itudan menyokong usaha “menyatu suara dan tindakan" ke arah memperjuangkan Islam serta mempertahankan akidah.
Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata usaha murni itu perlu disokong oleh seluruh umat Islam.
Membalas hujah di laman sosial Facebook dengan pihak yang dilihat kritikal pada pendiriannya terhadap HIMPUN sebelum ini, Nasrudin hari ini menegaskan berkongsi pendirian sama dengan PAS pusat.
"KP (ketua pemuda) ada dalam
meeting
(mesyuarat) dan buat keputusan bersama," katanya.
Sementara dalam status terbarunya kira-kira sejam lalu, Nasrudin mengingatkan supaya "jangan derhaka kepada sang Muslim dan jangan menentang bagi non-Muslim".
Bagaimanapun, tidak pasti sama ada nasihat itu sebagai reaksi kepada keputusan PAS malam tadi atau berkenaan program HIMPUN.
Usaha Malaysiakini mendapatkan reaksi Nasrudin setakat ini belum berhasil.
