Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pua: TPM secara tersirat sokong kanak-kanak difitnah
Diterbitkan:  Oct 23, 2011 2:23 PM
Dikemaskini: 12:27 PM

Ketua publisiti DAP Tony Pua hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya bertindak ke atas timbalannya kerana "memberi sokongan tersirat" kepada blogger pro-Umno yang memfitnah anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

tony pua and lim kit siang press conference 191011 03 "Daripada bertindak tegas terhadap mereka yang melakukan penipuan keji bagi memalukan keluarga ketua menteri Pulau Pinang itu, lebih-lebih lagi kerana mereka adalah pemimpin dan ahli-ahli Umno, (Timbalan Perdana Menteri Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) memilih mempertahankan mereka yang tidak sepatutnya dimaafkan itu," kata Pua ( atas, kanan ) dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, bagi melindungi imej kerajaan, Najib mesti segera menghentikan kegilaan ini dengan menegur timbalannya dan ahli-ahli Umno daripada membuat tuduhan melulu terhadap anak remaja Lim.

NONE "Jika tidak, ini akan membuktikan kepada semua rakyat bahawa Umno telah bankrap dari segi moral dalam usahanya untuk terus berkuasa, termasuk menjadikan kanak-kanak yang tidak bersalah sebagai modal politik."

Muhyiddin ( berbaju biru ) semalam dipetik oleh agensi berita nasional Bernama sebagai berkata: "Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama."

Muhyiddin juga meminta Lim membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Usaha sengaja

NONE Bagi naib presiden PKR N Surendran, sindiran Muhyiddin itu seolah-olah memberi gambaran terdapat kebenaran dalam tuduhan yang dibuat terhadap anak Lim itu.

"Bagaimana seorang timbalan perdana menteri boleh mengeluarkan kenyataan seumpama itu apabila guru besar sekolah berkenaan dan ‘mangsa’ yang didakwa dicabul itu telah menafikan perkara berkenaan? Ia usaha yang sengajakan oleh TPM untuk meneruskan fitnah ke atas anak Lim itu, katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Surendran serentak itu, menuntut Muhyiddin membuat permohonan maaf kepada kepada ketua menteri dan anaknya itu.

Pada 18 oktober lalu, blog pro-Umno itu mendakwa anak pemimpin tinggi politik Pulau Pinang mencabul kehormatan budak sekolah dan bagi menutup perbuatan itu, bayaran RM200,000 disogok kepada ibu bapa budak perempuan itu supaya tidak menghebohkannya.

NONE “Siapalah VVIP negeri Pulau Pinang yang ada ilmu kira-kira dan matematik hingga dapat mengira RM100,000 untuk 1 buah dada yang diramas oleh anak lelaki beliau?” tulis blogger dengan nama Dr MiM di novandri.blogspot.

Pada Jumaat lalu, gadis yang didakwa oleh blog pro-Umno menjadi mangsa pencabulan oleh anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, tampil menafikan dakwaan itu.

Penafian

Anya Corke, pelajar tahun ketiga di sebuah kolej di Amerika Syarikat yang gambarnya disebarkan oleh blog pro-Umno itu dalam e-melnya berkata beliau terkejut dengan dakwaan itu dan berharap ia tidak lagi berulang.

NONE “Saya ingin jelaskan bahawa foto saya telah disalahgunakan tanpa pengetahuan atau persetujuan saya, sedangkan pada hakikatnya saya tidak pernah menjadi mangsa dalam apa-apa cara oleh budak ini ataupun keluarganya.

“Saya tidak melawat Malaysia selama tujuh tahun lalu. Saya juga tidak pernah berjumpa ataupun mengenali nama-nama orang yang terlibar itu. Saya juga nafikan bahawa pernah secara fizikal diserang dalam apa-apa cara sekalipun, “ tulis gadis warga Britain itu.

Sementara itu, dalam kenyataan medianya, Lim menasihatkan Muhyiddin supaya tidak menjadi pengecut dengan terus menekan anaknya.

NONE Menurutnya, adalah sangat zalim jika timbalan perdana menteri itu terus melakukan demikian terhadap anaknya yang berumur 16 tahun itu dalam keadaan 'mangsa' yang didakwa dicabul itu sudah tampil menafikannya.

"Jika Muhyiddin benci saya sangat, dia boleh buat yang lebih buruk untuk jatuhkan saya melalui politik.

"Namun, Muhyiddin tidak perlu menyertai kumpulan pengecut dengan memfitnah anak saya yang berusia 16 tahun dan meletakkan anak saya sekali lagi melalui pengalaman yang trauma," katanya.

Menurut Lim, beliau yakin apa yang menimpa anaknya adalah percubaan bloger Umno untuk menjatuhkannya berikutan urus tadbir yang bersih dan berkesan untuk rakyat di Pulau Pinang.

muhyiddin yassin and najib and umno Mereka selama ini, katanya menggunakan taktik pembohongan dan politik kebencian, namun apabila gagal, mereka kini mengalihkan senapang pada anak yang masih bersekolah dan tidak berdosa.

"Jika Muhyiddin mahu dilihat sesuai untuk jawatan perdana menteri, dia mesti bermoral dan beretika.

"Dia gagal ujian moral dan etika ini apabila menekan seorang anak lelaki berusia 16 tahun yang masih bersekolah dan tidak mempunyai peluang mempertahankan dirinya," kata Lim.

[Baca berita penuh]

ADS