Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menu 1Malaysia: Najib uji kualiti lauk, kata menteri
Diterbitkan:  Oct 23, 2011 4:49 PM
Dikemaskini: 8:53 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertahankan Menu Rakyat 1Malaysia selepas gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengambil beberapa lauk-pauk dengan harga hanya RM3 menghiasi tajuk utama beberapa akhbar.

NONE “Ketika itu ada beberapa lauk seperti ayam masak merah, ayam masak kicap dan daging, jadi Perdana Menteri hendak rasa kualiti lauk tersebut,” katanya dipetik akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Selasa lalu, semasa lawatannya ke Restoran Ukhwah, di Kuala Lumpur yang menawarkan Menu Rakyat itu, perdana menteri telah menjamah sepinggan nasi, dua ketul ayam, sepotong daging goreng, taugeh, dan 'poppadom.

Lawatan itu bagi memberi publisiti berhubung hidangan kos rendah yang boleh dinikmati rakyat.

Bagaimanapun, ahli parlimen Batu, Tian Chua, sehari kemudian melawat resoran yang sama dan mengambil hidangan yang sama tetapi dikenakan bayaran RM6. Justeru, katnya, harga Menu Rakyat 1Malaysia hanyalah pembohongan semata-mata.

najib 1malaysia menu 181011 01 Menjelaskan perkara itu, Ismail berkata jika penguna mangambil makanan seperti yang ditetapkan dalam menu dan membayar harga yang tercatat, maka tidak timbul isu pembohongan.

"Secara asasnya menu nasi putih, sejenis lauk dan segelas air memang RM4, malah ada yang lebih murah.

"Apabila kita ambil lebih daripada apa yang ditawarkan dalam menu, maka kita perlulah bayar lebih," katanya.

Namun, Ismail tidak menjelaskan mengapa Najib hanya membayar RM3 untuk hidangan berkenaan.

ADS