Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Setelah tergendala sekian lama, bapa kepada warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dengan kejam, merayu kepada mahkamah di negara ini agar mempercepatkan perbicaraan sivil RM100 juta  yang difailkannya terhadap kerajaan.

parliament 2008 first day 280408 setev Setev Shaariibuu ( kiri ), yang memfailkan saman itu pada 4 Jun, 2007, menyaman kerajaan Malaysia dan mereka yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan kejam Altantuya di sebuah hutan di Shah Alam pada 19 Oktober, 2006.

Dalam sepucuk surat yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh peguam Mukhsaruul Mijiddorj, Shaariibuu berkata beliau telah membayar sejumlah besar wang kepada mahkamah Malaysia pada tahun lalu.

Wang, berjumlah RM60,000 itu sebagai bon keselamatan, dibayar oleh kerajaan Mongolia bagi pihak Shariibuu.

Walau bagaimanapun, setahun sudah berlalu tetapi beliau masih belum menerima sebarang  berita mengenai tarikh kesnya itu akan dibicarakan.

Kesan buruk

"Hakikat bahawa kerajaan anda tidak mengambil sebarang langkah positif terhadap isu yang dibangkitkan oleh Mongolia mungkin (menimbulkan) kesan buruk terhadap ratusan warga  Mongolia yang belajar dan tinggal di Malaysia," katanya.

"Sedangkan kerajaan Mongolia telah mencadangkan isu ini dibincangkan dengan melantik dan menghantar wakilnya ke Malaysia, namun satu tahun sudah berlalu tanpa sebarang maklum balas," katanya.

Shaariibuu tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai siapa dan bila perwakilan yang dimaksudkannya itu telah datang ke negara ini bagi membincangkan perkara ini.

parliament 2008 first day 280408 sharibuu setev Adalah difahamkan bahawa surat itu, yang sesalinannya diberikan kepada Malaysiakini , pada masa ini, dalam simpanan peguam Karpal Singh ( kiri ), yang mewakili Shariibuu dalam kes berkenaan secara pro-bono (percuma).

Awal bulan ini, Karpal melahirkan kekecewaannya, kes saman itu telah ditangguhkan kerana kedua-dua anggota polis yang didapati bersalah berhubung pembunuhan berkenaan telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Karpal berkata beliau telah berulang-kali menulis mahkamah untuk memohon pengurusan kes saman itu, tetapi masih belum menerima jawapan.

[Baca berita penuh]

ADS