Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Dakwaan mengenai pemberian secara sistematik kewarganegaraan Malaysia kepada ribuan pendatang haram di Sabah pada tahun 1990-an adalah seperti bahan legenda.

Dan sepertimana semua legenda yang baik, ia mungkin dirasakan banyak berlaku, tetapi tidak ada bukti yang dapat dinafikan, bahawa ianya telah berlaku.

azlan Sekurang-kurangnya, itulah apa yang bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman percaya mengenai operasi popular dengan panggilan Projek IC atau Projek M.

"Saya tidak mempunyai maklumat yang ketara atau boleh dipercayai mengenai kebanjiran pendatang tanpa izin di Sabah ketika saya menjadi pengerusi SPR," katanya.

Abdul Rashid berkata sepanjang masa, orang bawa cerita-cerita yang sukar untuk diterima sebagai benar.

"Semua itu adalah hanya cakap-cakap sahaja," katanya dalam satu temu bual e-mel dengan Malaysiakin i minggu lalu.

Namun begitu, Abdul Rashid enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, memanggil "terlalu spekulatif".

[Baca berita penuh]

ADS