Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata "tiada yang luar biasa" tentang Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengenai projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC).

NONE Sebaliknya, kata Muhyiddin, jabatan audit telah mengesan kelemahan-kelemahan yang akan dijelaskan.

Muhyiddin yang merupakan menteri pertanian ketika projek RM73.64 juta itu diluluskan, bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut, dan sebaliknya berkata ia akan dijelaskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar.

Selasa lalu, PKR berkata ia akan "mendedahkan" bukti untuk mengaitkan Muhyiddin dan seorang lagi menteri kabinet lyang keluarga didakwa mendapat manfaat daripada projek tersebut, sekiranya tiada penjelasan dibuat sehingga 31 Oktober.

NONE PKR juga mendakwa projek tersebut hanya memenuhi 0.6 peratus daripada permintaan Malaysia untuk daging lembu - jauh daripada sasaran 40 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan

Laporan Ketua Audit Negara mendapati projek tersebut "kacau-bilau" dan juga gagal menjalankan program keusahawanan seperti yang dikehendaki oleh kerajaan.

[Baca berita penuh]

ADS