Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazri: AUKU kekal sebagai undang-undang
Diterbitkan:  Nov 3, 2011 7:45 AM
Dikemaskini: Nov 3, 2011 12:53 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 belum muktamad dan ia kekal sebagai undang-undang.

NONE Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa ia terpulang kepada Jabatan Peguam Negara sama ada ingin membuat rayuan atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Isnin lalu.

"Keputusan masih belum muktamad, kita tidak tahu rayuan berlaku atau tidak. Tunggu Peguam Negara sama ada nak buat rayuan atau tidak," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 peringkat Jawatankuasa kementeriannya.

Mahfuz merujuk keputusan Mahkamah Rayuan yang menyatakan Seksyen 15(5)(a) AUKU yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam keputusan majoriti 2-1, panel tiga hakim itu memutuskan seksyen tersebut tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.

NONE Menjawab soalan Mahfuz mengapa akta itu tidak dipinda di Parlimen, beliau berkata setiap pindaan perlu mengikut aturan undang-undang.

Mohamed Nazri juga menyentuh isu peraturan baru Suruhanjaya Pilihan Raya yang memerlukan penolong pendaftar pemilih dari parti politik untuk mengemukakan salinan kad pengenalan pengundi baru yang didaftar mereka.

Beliau berkata perkara itu bukan untuk menyusahkan pihak terlibat, tetapi bagi menggelakkan salah guna nama individu oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Kadangkala ada masalah IC (kad pengenalan) orang dicuri, orang daftar dia pun tak tahu, IC dia diambil dan didaftar di tempat lain.

azlan "Tetapi dengan salinan IC, ia ada (menunjukkan) persetujuan, kerana dia beri IC kalau tidak, orang boleh daftar (nama orang lain) tanpa pengetahuan," katanya semasa menjawab pertanyaan Datuk Dr Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang) dan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) yang mendakwa sistem baru itu hanya akan menyulitkan pendaftaran pengundi baru.

Persidangan Dewan Rakyat disambung hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS