Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penganjur Seksualiti Merdeka disiasat polis
Diterbitkan:  Nov 5, 2011 9:23 AM
Dikemaskini: 3:12 AM

Polis akan memanggil penganjur Program Seksualiti Merdeka 2011 termasuk bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S Ambiga  untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan berhubung penganjuran program itu.

perkasa visit kdn on isa 290911 hishamuddin Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 27A(1)(C) Akta Polis berhubung penganjuran program itu dan memanggil mereka bagi membantu siasatan.

"Kita akan panggil penganjur. Kertas siasatan itu nanti akan diputuskan Peguam Negara sama ada untuk mengenakan dakwaan atau tidak," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan 67 ekor lembu korban bagi kawasan Parlimen Sembrong, di Kluang, semalam.

Penganjuran program itu bertujuan menuntut hak kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang gay, lesbian,  biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.

Hishammuddin berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpendirian penganjuran program itu bukan sahaja bercanggah dengan undang-undang negara tetapi juga agama, adat resam  dan budaya yang boleh menjejaskan ketenteraman masyarakat.

Katanya, penganjuran program berkenaan terbukti telah mendapat kecaman daripada segenap lapisan masyarakat dan majoriti masyarakat yang selama ini membisu diyakini akan bangkit menentang sekiranya program berkenaan diteruskan.

NONE "Yang penting adalah suara orang ramai. Alhamdulillah, ramai sudah suarakan rasa tidak puas hati. Dalam memastikan ekonomi yang kukuh, menghadapi isu kos kenaikan barangan, mengapa isu sebegini dibangkitkan...orang ramai boleh menilai sendiri apa sebenarnya tujuan dan matlamat mereka (penganjur)," katanya.

Khamis lalu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar menyatakan PDRM mengharamkan semua bentuk aktiviti dan promosi program yang berunsurkan seks bebas berkuat kuasa hari ini dan mengarahkan program itu yang dijadualkan berlangsung dari 1 Nov hingga 13 Nov dihentikan serta merta.

- Bernama

ADS