Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA sambut baik pendekatan cara halus PPSMI
Diterbitkan:  Nov 6, 2011 9:37 AM
Dikemaskini: 2:34 AM

MCA menyambut baik keputusan kerajaan bahawa Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan dikekalkan bagi pelajar yang telah mengikut dasar pembelajaran itu, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

NONE Katanya pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat lalu telah memperjelaskan garis panduan mengenai perkara itu dan menamatkan sebarang kekeliruan.

"Adalah baik untuk diperhatikan bahawa pelajar tingkatan dua hingga tingkatan empat akan meneruskan dasar itu sehingga tamat persekolahan menengah. Pendekatan itu juga telah menyediakan pilihan kepada sekolah untuk mengajar dua subjek itu sepenuhnya dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau dwi bahasa," katanya dalam kenyataan media.

Menurut Dr Chua, berikutan dengan pengumuman itu, kerajaan telah mendengar suara rakyat dengan merencanakan formula 'menang-menang' untuk semua pihak berkepentingan.

"Bagaimanapun, menjadi harapan MCA bahawa kemeterian pelajaran akan menekankan kepada penggunaan bahasa Inggeris bagi melengkapkan rakyat dengan bahasa sejagat itu selaras dengan perkembangan dunia," katanya.

azlan Beliau juga berharap kementerian akan berusaha ke arah menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Kesusateraan Inggeris sebagai mata pelajaran wajib di sekolah.

Pada 4 November lalu, Muhyiddin, selaku menteri pelajaran mengumumkan kerajaan bersetuju membenarkan murid kohort PPSMI untuk meneruskan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sehingga tingkatan lima.

    

"Jadi pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di sekolah rendah hanya akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia pada 2016 manakala di sekolah menengah adalah pada 2021.

mahathir and muhyiddin yassin ppsmi english education "Dengan keputusan itu, pemansuhan PPSMI adalah kekal. Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti yang dituntut oleh sesetengah pihak," kata Muhyiddin.

Sebelum ini, beberapa pihak, termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, lantang mendesak kerajaan supaya meneruskan PPSMI di sekolah.

ADS