Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Doktor MJ didapati bersalah sebabkan kematian
Diterbitkan:  Nov 8, 2011 10:28 AM
Dikemaskini: 2:33 AM

Doktor peribadi kepada Michael Jackson, Conrad Murray didapati bersalah hari ini kerana menyebabkan kematian raja pop itu pada Jun 2009 lalu.

michael jackson funeral memorial service 080709 03 Sebaik mahkamah memberikan keputusan juri itu, sanak saudara dan kenalan Michael kedengaran bersorak gembira. Sesetengah mereka kelihatan menangis di luar mahkamah.

Keputusan itu diumumkan selepas mahkamah bersidang selama enam minggu.

Keluarga Michael yang diketuai ibunya, Katherine dan ayahnya Joe turut berada di dalam mahkamah untuk mendengar penghakiman berkenaan dengan anggota media dan peminat Michael berkumpul di luar.

michael jackson death 260609 03 Murray berdepan penjara empat tahun dan beliau juga bakal menghadapi penggantungan daripada menjalankan khidmat perubatan.

Doktor itu didapati bersalah kerana memberi ubat propofol berlebihan dalam usahanya  membantu raja pop itu tidur di kediaman penyanyi itu di Los Angeles selepas berlatih untuk konsert baru di London.

Perbicaraan di Mahkamah Tinggi Los Angeles yang bermula pada 27 September lalu, menyaksikan seramai 49 saksi  - 33 saksi untuk pendakwaan manakala 16 saksi pembelaan memberikan keterangan masing-masing.

- AFP

ADS