Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Halang motosikal dicuri: Pelajar M'sia mati dibunuh
Diterbitkan:  Nov 8, 2011 11:19 AM
Dikemaskini: 3:28 AM

Seorang pelajar Malaysia mati dibunuh ketika cuba menghalang seorang lelaki mencuri motosikalnya di luar rumahnya di bandar Malang, Jawa Timur, malam tadi.

Maklumat awal berdasarkan laporan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia, pelajar itu dikenali sebagai Adrian Jay Pereira, penuntut Fakulti Perubatan di Universiti Brawijaya, Malang.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada 7 malam itu, Pereira dilaporkan ditetak dengan senjata tajam oleh pencuri berkenaan dan mati di tempat kejadian.

Education Malaysia (EM) (dahulu Jabatan Penuntut Malaysia) di Indonesia  sedang mendapatkan butiran rasmi mengenai kejadian itu daripada pihak polis  Indonesia dan menguruskan pengiriman pulang mayatnya ke Malaysia.

Pereira berasal dari Klang, Selangor.

Atase Pendidikan Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Ludinata Misnun, telah berlepas ke Malang dengan pesawat paling awal hari ini.

Seramai 173 pelajar Malaysia kini menuntut di Malang, dan daripada jumlah itu, 161 belajar di Universiti Brawijaya.

- Bernama

ADS