Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes pemerasan: Tujuh anggota polis Johor ditahan
Diterbitkan:  Nov 8, 2011 12:26 PM
Dikemaskini: 4:29 AM

Tujuh anggota polis ditahan selepas disyaki terlibat dalam satu kes pemerasan di Johor Baharu dua hari lalu.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata semua mereka ditahan pada jam 3 pagi di kawasan Plentong di Johor Baharu oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Utara yang diketuai ASP Tan Yang Siong selepas bertindak dari satu aduan.

"Mereka terdiri daripada anggota sekatan jalan raya yang beroperasi di lokasi sekatan jalan di kawasan pentadbiran Balai Polis Plentong," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Mokhtar berkata semua anggota polis berumur 20 hingga 35 tahun itu kini direman semalam empat hari.

- Bernama

ADS