Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

NGO yang baru didaftarkan, Angkatan Amanah Merdeka atau Amanah, hari ini menyokong tuntutan bagi mendesak kerajaan supaya tidak membubarkan Dewan Rakyat selagi cadangan oleh Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen PSC) belum dilaksanakan.

NONE Amanah diterajui oleh pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dan dianggota boleh beberapa beks pemimpin utama BN yang lain.

Pada sidang akhbar hari ini, Tengku Razaleigh, yang mengakui bahawa beliau dan pemimpin Amanah memang dipinggirkan oleh parti-parti masing-masing dan oleh itu perlu terus untuk menyuarakan pendapat mereka di atas platform NGO baru itu.

Beliau mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk membentuk PSC yang bertujuan membuat cadangan berhubung pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini dan berharap pindaan undang-undang yang disyorkan jawatankuasa itu akan dilaksanakan sebelum pilihan raya umum akan datang.

azlan "Kami berpendapat pilihan raya itu harus diadakan selepas jawatankuasa berkenaan selesai menjalankan kerja-kerja dan syor-syornya dilaksanakan. Jika tidak, tidak ada makna dalam penubuhan jawatankuasa ini," kata bekas menteri pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, yang merupakan seorang daripada enam timbalan presiden Amanah.

"Jika mereka adakan pilihan raya sebelum kerja-kerja PSC selesai, ia nampaknya seperti main-main dan drama, ini adalah tidak baik," katanya, sambil menambah perkara itu adalah pendirian dicapai oleh majlis pusat tertinggil Amanah yang bermesyuarat, hari ini.

Pada 15 Ogos lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembentukan PSC setelah didesak pelbagai pihak yang sistem pilihan raya dan undang-undang berkaitannya dikaji semula.

[Baca berita penuh]

ADS