Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Penggunaan perkataan 'Islam' dalam nama Pertubuhan Bukan Kerajaan, Sisters In Islam (SIS), perlu ditarik balik berikutan dakwaan sokongan terhadap program Seksualiti Merdeka 2011.

rustam ali silat group bersih 4 Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, akibat sokongan itu, pihak berkuasa khususnya pendaftar pertubuhan perlu mengambil tindakan menarik balik penggunaan perkataan Islam itu.

Menurutnya, tindakan SIS yang didakwa menyokong program berkenaan adalah amat dikesalkan kerana tidak selari dengan nama Islam yang dibawa pertubuhan itu.

"Saya dapati SIS ini sering mengelirukan orang ramai, termasuklahsokongan terhadap program Seksualiti Merdeka ini.

"Perkara ini mudah sahaja. Kalau sudah haram, maka haramlah ia. Tidak perlu hendak dipertikai atau dibincangkan lagi.

"Saya harap pihak pendaftar akan tarik balik penggunaan perkataan Islam itu. Gunalah nama Sisters In apa sekalipun, asalkan bukan Islam," katanya.

Pada masa sama, Mohd Ali turut menasihatkan masyarakat supaya tidak melibatkan diri atau menyokong sebarang aktiviti berkaitan program berkenaan.

NONE Menurutnya, tindakan segera perlu diambil bagi menangani gejala homoseksual dan lesbian supaya ianya tidak berleluasa di negara ini.

"Mana ada agama dalam dunia yang benarkan lelaki berkahwin dengan lelaki dan wanita dengan wanita?

"Kalau dibiarkan, negara kita akan menjadi seperti negara Eropah, di mana perkara ini berleluasa. Kalau kita benarkan satu, lambat-laun ia akan semakin merebak," katanya.

 

ADS