NFC: Shahrizat kata tak patut keluarganya dikritik

       

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil percaya isu projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) telah digunakan untuk menyerang beliau selaku ketua wanita Umno dan pengerusi Wanita BN.

NONE

"Serangan ini merupakan percubaan dari pihak pembangkang untuk melemahkan

semangat saya...

"Saya ingin tegaskan, kami (keluarga Shahrizat) bukannya begitu lemah.

"Saya rasa keluarga saya tidak sepatutnya dilemparkan dengan tuduhan sebegini kerana keluarga saya telah bekerja keras, tetapi itu bukan perkara pokoknya," katanya. [Lihat pembetulan di bawah]

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Raja'ah:Seni, Idea dan Kreativiti Sulaiman Esa Dari 1950an-2011 di Balai Seni Visual Negara, di Kuala Lumpur.

"Pada diri saya sendiri, saya lihat ini adalah agenda politik. (Ia) satu percubaan daripada pembangkang untuk melemahkan semangat dan tindakan Wanita Umno. Kami tidak semudah itu untuk dirobohkan," katanya.

"(Perkara) ini sudah dijawab dengan panjang lebar oleh menteri pertanian dan industri asas tani.

pakatan rakyat convoy visit national feedlot corporation 031111 abbatoir "Dan daripada apa yang saya dimaklumkan, jawapan daripada beliau itu sangat jelas dan nyata," katanya.

Shahrizat berkata beliau juga gembira kerana kementerian akan pantau kejayaan projek itu.

"Mereka (pembangkang) bukan minat sangat dengan NFC. Itu memang diarahkan kepada saya, selaku ketua Wanita Umno, dan juga pengerusi Wanita BN," katanya lagi.

NONE Dalam pada itu, Sharizat turut mengambil peluang untuk menempelak Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin kerana mengaitkan keluarganya dengan projek berkenaan.

"Agenda politik mereka begitu jelas. Mereka terumbang-ambing, macam ketua Wanita PKR tu. Saya malulah dia seorang wanita Malaysia macam tu," katanya sinis.


Ralat: Malaysiakini sebelum ini melaporkan bahawa Shahrizat berkata keluarganya "layak" mendapat projek NFC. Ia sepatutnya "Shahrizat kata tak patut keluarganya dikritik." Kesilapan itu amat dikesali.

 

Malaysiakini
terkini untuk anda