Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP janji letak lebih ramai calon Melayu, India

DAP berjanji akan meletakkan lebih ramai calon-calon Melayu dan India pada pilihan raya umum akan datang sejajar dengan aspirasi untuk menjadi sebuah parti yang benar-benar berbilang kaum.

yayasan 1malaysia unity conference 101111 Timbalan ketua penerangan DAP,  Teo Nie Ching ( pertama dari kiri )  pada persidangan mengenai perpaduan nasional hari ini berkata, parti itu berhasrat untuk mempunyai keahlian yang mencerminkan etnik di negara ini dan akan mengambil langkah-langkah untuk mencapai matlamat itu.

"DAP telah cuba dengan bersungguh-sungguh untuk melibatkan masyarakat Melayu. Ini bukan kerja mudah, tetapi kita cuba untuk mendekati masyarakat Melayu dan menggesa mereka untuk menyertai kami.

"Saya janji, pada pilihan raya umum yang akan datang, DAP akan meletakkan lebih ramai calon-calon Melayu dan India. Ini kami percaya adalah penting bagi proses integrasi," kata Teo.

NONE Teo, bagaimanapun mengakui bahawa usaha menjadikan parti itu  yang benar-benar berbilang kaum adalah tugas yang sukar, walaupun ia menjadi sasaran mereka.

Beliau mengulas kenyataan seorang penceramah lain pada forum itu, iaitu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang dalam ucapannya sebelum itu berkata hasrat menyaksikan sebuah parti politik berbilang kaum di Malaysia masih satu impian dan merujuk kepada DAP sebagai contoh.

Teo ketika dihubungi selepas, enggan mendedahkan butiran rancangan DAP itu kerana katanya,  rundingan kerusi di kalangan parti-parti komponen Pakatan Rakyat masih berterusan.

"DAP sedang berusaha ke arah meletakkan calon Melayu di kerusi majoriti Melayu atau kerusi campuran," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS