Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Jawatankuasa khas terpilih parlimen(PSC)  untuk memperbaiki pilihan raya akan mendengar hujah daripada pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan dalam sesi pendengaran awamnya selama dua hari mulai esok.

NONE Pengerusinya, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata Ambiga merupakan antara 11 individu dan NGO yang akan mula memberi hujah mereka dalam sesi pendengaran awam pertama itu.

Selain Ambiga, jawatankuasa itu juga akan mendengar input daripada MCA, Pemuda PAS dan Majlis Belia Selangor.

Dalam satu kenyataan, BERSIH 2.0 berkata gabungan itu akan membentangkan hujahnya pada hari Sabtu.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat keempat jawatankuasa itu hari in, Ongkili berkata, antara yang telah disahkan untuk ikut serta dalam sesi itu ialah Transparency International dan Persatuan Bekas Polis.

azlan Mengulas lanjut, Ongkili berkata mesyuarat hari ini memanggil SPR sebagai sambungan kepada sesi sebelum ini.

"Masa yang sama kita panggil Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara sebagai saksi untuk beri maklumat kepada perkara yang dibangkitkan ahli jawatankuasa.

"Saya tak boleh maklum rumusan kerana masih dalam perbincangan.

"Namun masih ada perkara yang masih belum kemas maka perlu pandangan tambahan," katanya yang turut mengumumkan bahawa Peguam Negara juga akan dipanggil minggu depan sebagai susulan.

Peguam Negara akan hadir untuk memberikan pandangan dalam aspek perundangan dan perlembagaan berkaitan, kata Ongkili lagi selepas mesyuarat lebih lima jam itu.

Tambahnya, mesyuarat hari ini juga menubuhkan lima jawatankuasa kecil untuk mengkaji terma khusus bagi membolehkan jawatankuasa itu membuat laporan lebih awal.

"(Ahli jawatankuasa) boleh terus melihat maklumat diterima dan mendapatkan maklumat tambahan," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS