Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelajar tak undi pos sebab kedutaan keliru
Diterbitkan:  Nov 12, 2011 8:01 PM
Dikemaskini: Nov 13, 2011 12:54 AM

Kekeliruan di kalangan petugas misi Malaysia sebelum ini menyebabkan ramai pelajar tidak dapat mendaftar sebagai pengundi pos, Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) diberitahu hari ini.

Perkara itu didedahkan oleh setiausaha penyelidikan SPR, Harun Che Su ketika disoal oleh anggota PSC dalam pendengaran awam kedua yang berlangsung di bangunan parlimen hari ini.

NONE Isu berkenaan timbul apabila SPR diminta menjelaskan mengenai pendedahan seorang saksi hari ini yang gagal untuk mendaftar sebagai pengundi pos ketika menuntut di United Kingdom pada 2007.

Saksi berkenaan, Shaun Tan ( kiri ) berkata, pegawai konsular telah menyatakan kepadanya bahawa beliau tidak layak mendaftar sebagai pengundi pos kerana beliau bukan seorang penjawat awam.

Mengulas perkara itu, Harun berkata kelayakan pelajar untuk mendaftar sebagai pengundi pos dinyatakan dengan jelas dalam Seksyen 2 Peraturan Pilihan Raya.

Katanya, seksyen berkenaan juga tidak menyatakan sama ada pelajar berkenaan perlu menjadi pelajar persendirian atau pelajar tajaan untuk melayakkan diri sebagai pengundi pos.

"Kita dah minta (pegawai kedutaan) buat pembetulan kenyataan. Sekarang kita dah lantik ketua perwakilan (misi Malaysia) sebagai penolong pendaftar," katanya lagi.

NONE Jawapannya itu mengundang komen daripada seorang lagi anggota PSC, Dr Hatta Ramli yang membangkitkan bahawa hanya dua orang pengundi pos dikesan daripada sejumlah warga Malaysia yang berada di Mesir.

"Itu pun bukan pelajar (yang jadi pengundi pos). Hanya duta dan timbalan duta sahaja," tambah ahli parlimen Kuala Krai itu lagi yang menyifatkannya sebagai tidak munasabah.

Sedangkan, kerajaan telah membawa pulang beribu-ribu orang pelajar daripada negara itu ketika krisis politik melanda Mesir sebelum ini.

Katanya lagi, lebih ramai pelajar akan terlepas peluang untuk mendaftar sebagai pengundi sekiranya maklumat sebenar tidak disampaikan kepada kedutaan Malaysia berkenaan.

ADS