Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR bakal berdepan PRM di Balik Pulau, PJS, Selayang
Diterbitkan:  Nov 14, 2011 1:06 PM
Dikemaskini: 7:04 AM

Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini mengumumkan bahawa ia akan bertanding di tiga kerusi yang sekarang ini dipegang oleh PKR pada pilihan raya umum akan datang.

leftist role in independence forum 150911 rohana ariffin Dalam satu kenyataan media, presiden PRM yang baru dilantik, Rohana Ariffin berkata, parti itu akan bertanding di Balik Pulau di Pulau Pinang dan kerusi Selayang serta Petaling Jaya Selatan di Selangor.

Ketiga-tiga kerusi itu kini dipegang oleh Yusmadi Yusof, William Leong dan Hee Loy Sian.

Melainkan PRM mampu menyelesaikan perkara itu dengan PKR, maka pilihan raya umum kali ini yang dijangkakan seawal tahun depan, akan menyaksikan sekurang-kurangnya pertandingan tiga penjuru di antara kedua-dua parti berkenaan dan BN.

parti rakyat malaysia prm Adalah difahamkan bahawa buat masa ini belum ada pertemuan di antara PRM dan PKR bagi membincangkan perkara itu tetapi PKR dijangka mengeluarkan satu kenyataan apabila biro politiknya bermesyuarat pada Rabu ini.

PRM dikatakan telah bergabung dengan dengan ahli serpihan PKR, iaitu Parti Keadilan Nasional pada tahun 2003 selepas perbincangan yang berlarutan antara kedua-dua pihak.

Beberapa pihak dalam PRM mendakwa sebilangan besar ahli-ahlinya menentang penggabungan itu dan ia masih berfungsi sebagai sebuah parti politik,dan terus diiktiraf sebagai sebuah entiti yang berasingan oleh Pendaftar Pertubuhan.

prm congress meeting 160706 hassan abdul karim Walau bagaimanapun, pemimpin PKR, termasuk mereka yang pernah menganggotai parti berhaluan kiri yang ditubuhkan oleh oleh pejuang kemerdekaan Ahmad Boestamam pada tahun 1955 itu, menegaskan bahawa PRM tidak lagi wujud.

Dakwa mereka sesetengah pemimpin, seperti bekas presiden, (kanan) dan setiausaha agung SK Song - yang merupakan antara mereka yang berkeras mempertahankan kewujudan PRM - juga telah bertanding pada pilihan raya umum 2004 di bawah tiket PKR.

[Baca berita penuh]

ADS