Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

ADUN Pakatan Rakyat Selangor boleh menggunakan peruntukan dalam undang-undang tubuh negeri, yang dikenali sebagai "formula Mahathir", bagi membendung dakwaan campurtangan Sultan - yang  menitahkan supaya mereka meluluskan satu rang undang-undang - yang bercanggahan dengan prinsip integriti, kata pensyarah undang-undang Prof Abdul Aziz Bari.

NONE "Pakatan sepatutnya berbincang dengan pihak luar. Jika mereka melakukannya, rang undang-undang itu tidak akan dilululuskan.

"Sekarang, ia adalah fait accompli , ADUN terbabit hanya boleh menyalahkan diri mereka sendiri, tetapi ia boleh menjadi pengajaran kepada pihak lain," kata pakar perlembagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang banyak menulis tentang peranan institusi diraja.

Menurut Abdul Aziz, "formula Mahahthir" itu merupakan peruntukan, di peringkat pusat dan undang-undang tubuh negeri, yang dimasukkan dalam perlembagaan oleh pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1994 untuk membelakangkan pihak istana dalam penggubalan undang-undang.

"Secara tekninal, seseorang boleh berhujah bahawa ia tidak sah - atau menyalahi perlembagaan - kerana dibuat tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja, seperti keperluan dalam Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan, tetapi itu perkara lain.

"Mengikut Seskyen 11(2A) dan (2B) Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, rang undang-undang akan menjadi undang-undang dalam 30 hari, dengan atau tanpa tandatangan Sultan," katanya ketika dihubungi.

[Baca berita penuh]

ADS