Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Fernandes bidas MP BN yang kritik AirAsia
Diterbitkan:  Nov 15, 2011 3:42 PM
Dikemaskini: 7:46 AM

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes mengkritik semula tindakan beberapa ahli parlimen yang membidasnya semalam dengan berkata mereka telah menyalak di pokok yang salah.

Dalam tulisannya di laman mikro-blogging Twitter pagi ini, Fernandes menyoal mengapa ahli-ahli parlimen itu tidak mempertikaikan kos di lapangan terbang atau berjuang menurunkan cukai untuk rakyat.

NONE Semalam, beberapa ahli parlimen BN membidas Fernandes berhubung pertukaran saham  AirAsia-MAS, dan menuduhnya menipu syarikat penerbangan negara itu. Seorang daripada mereka turut melabelkan beliau sebagai "pencuri".

Mengulas bidasan itu, Fernandes berkata apa yang telah dilakukan AirAsia adalah berjuang untuk memastikan penerbangan yang lebih murah untuk rakyat kebanyakan.

"Empat ahli parlimen itu telah mengkritik saya. Ini amat peribadi sepanjang tempoh lima tahun. Seorang MP kata saya ‘cabuli’ orang kampung yang miskin. Sebelum ini, orang kampung tak mampu terbang.

"Kami telah berusaha keras untuk menjadikan penerbangan sesuatu yang mampu (oleh semua orang) dan oleh kerana (usaha) kami,130 juta orang berjaya diterbangkan,” katanya di Twitter.

Fernandes, hari ini telah membatalkan sidang akhbarnya yang dijadualkan pagi tadi berhubung isu cukai lapangan terbang.

Walau bagaimanapun, beliau memuat-naikkan beberapa ulasan mengenai bayaran yang dikenakan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd dan Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT).

ADS