Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Persatuan usahawan Islam mendesak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis bertindak "lebih agresif" terhadap bekas pengikut Al-Arqam yang kini didakwa bergerak aktif melalui syarikat Global Ikhwan.

deputy president uruskop sheikh hussein sheikh omar global ikhwan al-arqam 161111 Timbalan Presiden Persatuan Usahawan, Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) Sheikh Hussein Sheikh Omar mendakwa, aktiviti itu "merosakkan akidah" umat Islam kerana mempercayai perkara karut yang tiada dalam agama.

"Awak (boleh) bertindak dengan cara awak sendiri. Tangkaplah. Tahu begini, tangkaplah. Gunalah kuasa atau enakmen yang tertentu (dakwa di mahkamah).

"Jika dibiarkan, ia menjadi satu virus, ia boleh merosakkan akidah," kata Sheikh Hussein dalam sidang media di pejabatnya, di ibu negara hari ini.

Katanya, desakan itu dibuat ekoran banyak aduan kepada polis dan JAIS dibuat mereka terhadap syarikat yang diterajui balu bekas pemimpin Al-Arqam Ashaari Mohamad - Hatijah Aam - sebelum ini tetapi tiada tindakan tegas didakwa diambil.

Zikir nama Ashaari

Sheikh Hussein - yang meninggalkan al-Arqam sejak 1994 - mendakwa, antara ajaran karut apabila Hatijah mendakwa boleh bercakap dengan Rasulullah SAW dan arwah suaminya.

Walaupun Global Ikhwan ditubuhkan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad, Sheikh Hussein mendakwa ia hanyalah "tukar baju" daripada gerakan Al-Arqam.

fomer al-alqam member zawawi aman global ikhwan 161111 Mengulas perkembangan terkini Global Ikhwan, Sheikh Hussein berkata, lebih membimbangkannya apabila kumpulan itu didakwa menguruskan lebih 10 markas menempatkan anak pengikut dan bekas pengikut anak al-Arqam.

Mendakwa pernah menjadi orang kanan Ashaari, Sheikh Hussein mendakwa markaz tersebut dianggotai 30 hingga 40 orang.  

Di Selangor sahaja, tambahnya, terdapat sekurang- kurangnya empat buah sedang beroperasi. Selain di Puchong, beliau tidak mendedahkan tiga lagi lokasi markaz kumpulan itu.

Sementara itu, seorang bekas pengikut al-Arqam Zawawi Aman ( atas ) yang hadir sama dalam sidang media itu mendakwa, antara amalan dilakukan di markaz tersebut adalah membaca zikir yang menyebut nama Ashaari selepas solat fardu.

Ketua Setiausaha Global Ikhwan Tuan Zulkifli Awang Kechik ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini enggan mengulas perkara itu buat masa ini. Manakala Hatijah pula tidak dapat dihubungi.

ADS