Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengendali lebuh raya PLUS Expressways Bhd didakwa "berbohong" kepada rakyat apabila berkata syarikat itu melepaskan bayaran ganti rugi RM6.5 bilion kepada kerajaan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

"Pengecualian" itu, kata Lim dicapai dengan melanjutkan tempoh mengutip tol di tiga lebuh raya.

NONE "Ini adalah helah...  Ia sebenarnya peningkatan yang tersembunyi," kata Lim yang juga ahli parlimen Bagan pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Lim merujuk akhbar-akhbar arus perdana hari ini yang melaporkan bahawa pengendali bersama lebuh raya itu, Kumpulan UEM dan KWSP memutuskan mereka akan mengecualikan RM2.9 bilion dalam baki ganti rugi tertunggak semasa dan pembekuan kenaikan tol sehingga 2015, yang akan sebaliknya menyebabkan kerajaan menanggung RM3.6 bilion.

Memetik jawapan bertulis daripada Kementerian Kerja Raya bertarikh 28 Jun yang menyatakan tol Jambatan Pulau Pinang akan beroperasi sehingga 2038, Lim berkata, ia sebenarnya adalah  lanjutan 17 tahun, sedangkan kutipan tol di jambatan itu sepatutnya tamat pada 2021.

NONE "Apa pengecualian? Mereka menipu. Saya fikir hanya anak-anak saya akan membayar tol tetapi sekarang nampaknya cucu saya juga perlu bayar," katanya.

"Perjanjian ini menghukum warga Pulau Pinang ... jumlahnya (mengikut jawapan) kira-kira RM37.7 bilion telah dikutip oleh 27 syarikat konsesi lebuh raya sedangkan kos pembinaan, termasuk kos penyelenggaraan hanya RM25 bilion," kata Lim.

[Baca berita penuh]

ADS