Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bos Mydin kemuka cabaran minum susu 1M'sia
Diterbitkan:  Nov 18, 2011 9:56 AM
Dikemaskini: 3:16 AM

Perang mulut kontroversi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang didakwa menjual produk pada harga lebih tinggi manakala kualitinya pula lebih rendah kini berpindah ke alam siber.

Isu itu dipanjangkan sejak Isnin lalu, apabila setiausaha publisiti DAP Tony Pua berbalas tulisan di twitter dengan ketua pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang mengenai kualiti dan keselamatan produk KR1M.

NONE Ia kemudiannya disusuli dengan cabaran meminum susu coklat 1Malaysia itu bagi membuktikan bahawa ia adalah selamat.

Malam tadi, Tan bersetuju untuk minum secawan susu coklat itu syarat Pua berikrar menyumbang RM1,000 kepada badan amal pilihannya.

Persetujuan Pua menyambut cabaran itu, mendorong pengarah urusan, Mydin Mohamed Holding Bhd Datuk Ameer Ali Mydin pula untuk menyertai cabaran itu. Malah, beliau meningkatkan lagi ganjaran yang dipertaruhkan.

Ameer berkata beliau juga sanggup minum secawan susu 1Malaysia itu di hadapan Pua, jika kedua-dua mereka bersetuju menderma RM10,000 kepada badan amal pilihan masing-masing.

"Saya akan minum secawan susu coklat 1M'sia di hadapan YB, kita dua-dua akan sumbang RM10k kepada badan amal pilihan kita - boleh ke YB Tony Pua," tulis Ameer.

Awal minggu ini, Pua pada sidang medianya di lobi parlimen berkata susu formula bayi yang dijual di kedai rakyat itu telah melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

NONE Dakwanya, ‘susu membesar’ 1Malaysia yang dijual itu mengandungi "lapan kali lebih banyak vitamin A daripada had yang dibenarkan".

“Kandungan vitamin A dalam susu itu adalah 6012 IU (unit antarabangsa) bagi setiap 100kcal atau 802 peratus di atas had maksimum yang dibenarkan," dakwanya, dengan mendasarkan perbandingan itu dengan had yang ditetapkan oleh Akta Peraturan Makanan.

Pua berkata pengambilan vitamin A secara berlebihan boleh menyebabkan di ‘Hypervitaminosis A’, yang antara lain, boleh menyumbang kepada masalah hati, mengurangkan ketumpatan mineral tulang dan perubahan warna kulit.

[Baca berita penuh]

ADS