Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes projek lembu kini disiasat JSJK Bukit Aman
Diterbitkan:  Nov 18, 2011 4:47 PM
Dikemaskini: 8:51 AM

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman telah memulakan siasatan termasuk kemungkinan wujudnya elemen pecah amanah atau penipuan berhubung pembelian kondominium mewah bernilai RM9.8 juta, yang dikatakan menggunakan wang Pusat Fidlot Nasional (NFC).

NONE Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, yang mengesahkan perkara itu hari ini, berkata antara lain pasukan siasatan akan memanggil mana-mana individu yang terlibat dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

"Kita baru dapat laporan daripada SPRM semalam. Pengarah JSJK Datuk Syed Ismail Syed Azizan dan pasukannya sedang meneliti laporan...(tengok) apa kesalahan dia... CBT (pecah amanah), penipuan dan sebagainya. Siasatan awal telah kita mulakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis taklimat Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk perwakilan asing di Malaysia, di Maktab PDRM Cheras di Kuala Lumpur.

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendapati NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya selain wujud dakwaan pembelian kondominium mewah di Bangsar yang dikatakan menggunakan wang NFC.

NONE Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merujuk kepada polis berhubung laporan pembelian kondominium itu dan mengklasifikasikannya sebagai kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan bukannya di bawah bidang kuasa SPRM seperti yang termaktub dalam Akta SPRM (ASPRM 2009).

- Bernama

ADS