Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Banyak perlu dilakukan bagi tangani masalah Umno'

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sependapat dengan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno masih menghadapi percakaran dalaman, tetapi katanya, masalah itu sedang ditangani.

NONE "Kita semua tahu bahawa selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan daripada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, terdapat pelbagai masalah, antaranya, pertengkaran dalaman.

"Bagaimanapun, untuk mengatakan bahawa Umno tidak berusaha menangani masalah itu adalah tidak tepat. Tetapi bagi saya, tidak cukup apa yang sedang dilakukan. Lebih banyak perlu dilakukan," kata Muhyiddin kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Ilham Desa peringkat kebangsaan di Bangi, hari ini.

Bagaimanapun, Muhyiddin mengalu-alukan kritikan tajam dan pedas tetapi berterus terang daripada Mahathir, yang mengetuai parti itu selama 22 tahun sebelum menyerahkan kepada Abdullah pada tahun 2003.

Muhyiddin berkata Mahathir masih mengambil berat tentang Umno dan mahu melihat parti itu kekal relevan dan menerajui pemerintahan negara.

mahathir and umno 190508 02 "Mungkin boleh dibandingkan dengan Umno dahulu, zaman Tun dan zaman sebelum itu, tetapi situasi sudah berubah.

"Jika zaman dahulu, kita lebih mudah (mendapat sokongan rakyat), kerana banyak yang pada waktu itu memahami dan dapat menghayati sejarah lampau.

"Generasi sekarang tidak membawa "baggage" (beban) masa lampau, mereka lahir lepas merdeka, dengan kemajuan pembangunan, jadi mereka tidak terikat dengan "baggage" ini," katanya

Muhyiddin mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam yang antara lainnya berkata bahawa wujud banyak pertikaian dalaman dalam Umno selain parti itu menghadapi kekurangan ketua-ketua yang berkebolehan.

"Jadi, cara nak menguruskan perubahan ini tidak serupa dahulu. Dulu mudah sahaja, orang cakap semua orang ikut.

azlan "Hari ini dengan ilmu, teknologi dan informasi, kita kena bijak menguruskan keadaan. Perkara-perkara yang ada asas pertimbangan (seperti) ketelusan, hak asasi manusia dan hal sebegini, sudah menjadi lumrah dalam situasi perubahan minda sekarang...yang dahulunya, tidak menyerlah.

"Pimpinan Umno dan BN sedar tetapi soalnya bagaimana nak tanganinnya. Kita  dah cuba tetapi saya bersetuju dengan Tun (usaha itu) tak cukup lagi, belum cukup mantap," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS