Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Presiden SUPP: Sokongan kukuh kepada Peter Chin
Diterbitkan:  Nov 22, 2011 12:23 PM
Dikemaskini: 4:27 AM

Setiausaha pengelola Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin dilihat mengukuhkan kedudukannya menjelang pemilihan bagi jawatan Presiden parti itu selepas ramai penyokongnya menang dalam pemilihan di peringkat cawangan pada Ahad lalu.

peter chin Sumber parti berkata kebanyakan daripada 600 anggota perwakilan pusat yang akan menentukan siapa dipilih Presiden terdiri daripada penyokong Chin ( kanan ), yang merupakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Bagaimanapun, Timbalan Setiausaha Agung SUPP Datuk Seri Wong Soon Koh yang dijangka bertanding jawatan tertinggi parti itu bagi menggantikan Tan Sri Dr George Chan, juga mempunyai kekuatan di peringkat cawangan khususnya di Sibu, Bintulu dan Limbang.

Chin pula menguasai sokongan di Miri, Sarikei dan Kuching.

Penganalisis politik, James Chin, berkata dilihat daripada sokongan semasa, Chin dijangka menang.

"Namun, saya berpendapat ada kemungkinan Chin dan Wong akan menjalin sesuatu persefahaman," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS