Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sekatan yang dikenakan ke atas penganjur perhimpunan awam adalah harga kecil yang terpaksa dikorbankan bagi menjamin ketenteraman awam dan keselamatan negara, kata kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.

himpun rally crowd in shah alam stadium 6 perkasa ibrahim ali "Daripada apa yang saya lihat, kerajaan sedaya upaya cuba untuk memenuhi tuntutan bagi mengukuhkan sistem demokrasi," kata presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali, semalam.

"Kita tidak boleh mengambil ringan apabila ia membabitkan keselamatan kerana kita lihat di negara-negara lain bahawa ancaman pengganas agak serius, apatah lagi dengan negara kita yang berbilang kaum dan agama. Jadi, kita korban sedikit, tetapi kami dapat pulangan hampir 98 peratus."

Rang undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, semalam  oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Nazri Abdul Aziz dan dijadualkan dibahaskan hari ini.

Ia bertujuan menggantikan sekatan perhimpunan awam yang terdapat dalam Akta Polis 1967 tetapi sebaliknya, dikatakan memberi polis lebih banyak kuasa, terutamanya berhubung sekatan dan syarat-syarat untuk berhimpun.

NONE Seksyen 15 rang undang-undang itu menyatakan polis boleh mengenakan sekatan ke atas suatu perhimpunan bagi maksud keselamatan atau ketenteraman awam, termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain.

Menyokong rang undang-undang itu, Ibrahim berkata ia berkesan bagi menangani perhimpunan-perhimpunan yang sukar dikawal kerana terdapat "kambing hitam" yang sering menyalahgunakan hak yang dijamin oleh perlembagaan.

"Sekarang ini pun, (penganjur) perhimpunan aman tidak memerlukan permit tetapi (hanya) perlu isi borang memberikan butir-butir mereka. Ini adalah untuk membantu pihak polis atau keselamatan untuk bantu, sebagai contoh (mengawal) lalu lintas," kata ahli parlimen Pasir Mas itu.

NONE Ditanya jika sekatan itu akan menimbulkan kesulitan kepada PERKASA yang sering mengadakan demonstrasi di masjid-masjid, Ibrahim berkata tiada masalah. Ini kerana, katanya, jika PERKASA mahu menadakan perhimpunan, mereka boleh mengadakannya di stadium-stadium.

[Baca berita penuh]

ADS