Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khairy masih harap protes jalanan dibenarkan
Diterbitkan:  Nov 29, 2011 7:49 PM
Dikemaskini: 11:52 AM

Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau masih berharap supaya sekatan ke atas protes jalanan dalam Rang Undang-undang Perhimpunan Aman masih dapat dipinda.

NONE Khairy berkata beliau memahami bahawa kerajaan mungkin berpandangan bahawa masanya belum tiba untuk membenarkan kebebasan seperti itu.

Beliau juga bersetuju dengan penjelasan yang diberikan menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz ke atas undang-undang berkenaan bahawa "secara keseluruhan ia membuka peluang utk sesiapa yang rasa tidak berpuas hati untuk berdemonstrasi."

"Tapi saya harap kalau boleh pindaan untuk benarkan perarakan jalanan boleh dibuat pada masa depan. Ini pendapat saya sebagai orang muda," katanya kepada pemberita di bangunan parlimen selepas rang undang-undang tersebut diluluskan untuk bacaan kali ketiga hari ini.

Rang undang-undang berkenaan diluluskan di Dewan Rakyat hari ini tanpa kehadiran ahli parlimen pembangkang yang keluar dewan sebagai tanda protes.

NONE Seorang lagi ahli parlimen BN yang dilihat progresif, Saifuddin Abdullah ketika ditanya enggan memberikan komennya berhubung isu berkenaan.

Ditemui selepas rang undang-undang tersebut diluluskan, beliau yang juga timbalan menteri pengajian tinggi sekadar berkata, "saya tidak boleh kata apa-apa."

Sementara itu, timbalan menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Liew Vui Keong pula menyatakan kekecewaannya ke atas tindakan keluar dewan yang dilakukan pembangkang.

Katanya, wakil rakyat berkenaan "mungkir janji kepada pengundi" dengan berbuat demikian.

"Mereka memperjudikan hak rakyat yang dihilangkan hak mereka dalam dewan untuk sokong hak (rakyat untuk mengadakan berhimpun)," katanya ketika ditemui di bangunan parlimen.

Ditanya sekiranya kerajaan telah bertindak secara tergesa-gesa untuk meluluskan undang-undang tersebut, Liew berkata ahli parlimen berkenaan telah mempunyai masa sejak minggu untuk melihat peruntukan undang-undang tersebut.

NONE Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membuka sesi perbahasan sebelum itu turut menyifatkan kerajaan bertindak melulu dan meluluskan undang-undang berkenaan dengan kasar.

Mengulas pandangan itu, Liew berkata: "Semua orang ada frasa untuk terangkan rang undang-undang ini, tapi ia telah dibentangkan kepada ahli parlimen minggu lalu

"Mungkin ia dianggap rang undang-undang penting dan memerlukan masa lebih lama (untuk dibahaskan, tapi mereka ada seminggu untuk melihatnya. Jadi MP ada masa yang cukup.

"Sekiranya mereka ada dalam dewan tadi mereka boleh tanya sama ada inilah hasrat kerajaan adakah betul kerajaan bulldoze akta ini.

"Malah menteri juga telah menjelaskan klausa-klausanya, tapi mereka tiada (dalam Dewan)," katanya lagi.

ADS